Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


December 11, 2009

Kelas Sugar Box : 5 Disember 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni hari Jumaat, so hari ni last day untuk yang menyertai peraduan Teka Apa Ni! InsyaAllah, keputusan akan diumumkan pada hari Ahad selepas semua penyertaan diaudit oleh badan bertauliah...hehehehe

Nak citer pasal kelas Sugar Box...bukan Chetam yang ajar tapi Chetam yang pi belajar kat Bagus Kajang. Very the interesting cuma tangan Chetam yang tak berbedung agaknya.....langsung tak der skill nak gubah bunga ros. Semua tak jadi sampai bunga Cikgu pula Chetam songlap..

Sugar box ni kita boleh guna untuk buat hantaran kahwin. Dalam kotak ni boleh letak coklat. Sebab tu Chetam pi belajar. InsyaAllah akan dipraktikkan sebaik mungkin.

Ni dia cikgunya....Chef Baini. Sampai cekak pinggang dok tengok bunga dan daun kena songlap ngan anak murid....hehehe....masa ni kelas dah nak habis.

Yang ni hasil tangan Chef Baini. Memang class!!!


Yang di atas ni pulak, hasil kerja tangan peserta pada hari tu. Semuanya cantik-cantik. Ada peserta yang pernah ikut kelas fondant sebelum ni so tangan tak la keras macam tangan chetam. Oh Ya...hasil tangan Chetam dah simpan so tak dipamerkan walaupun Chef Baini dok minta. Malula......tak cantik....





Gambar-gambar atas merupakan hasil keras tangan Chetam. By the time sampai rumah.....semua bunga dah bersepai sebab balik umah naik motor. Buya pakai tonggeng je bekas isi sugar box dalam bakul.

P/S: Abaikan tarikh pada gambar....ada masalah sikit. Chetam guna kamera canon yang lama sebab kamera olympus buya dan chenul bawa pi Jom Heboh di Bukit Jalil.

No comments:

Post a Comment