Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


October 09, 2009

Medan Part 1 - Pantai Cermin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Maaf sebab lama senyap......mood raya wei......lepas 2 minggu bercuti ke Medan, weekend lepas balik jenggah kakak di Tepeng. Lepas rindu pada hidangan raya sebab kakak-kakak buat juadah raya. Ketupat palas ngan rendang ayam pun ada, Kak Tih yang buat. Kak Ti masak bihun sup dan lodeh. Kuah kacang pun ada. Sepupu buat rumah terbuka....laksa tu....tapi masih tak leh lawan kesedapan laksa Kak Tih.

Chetam nak paparkan beberapa foto yang diambil semasa di Medan. Part 1 ni gambar semasa ke Pantai Permai aka Pantai Cermin. Kenderaan rasmi raya tahun ni ialah pick-up. Nak masuk kawasan pantai kena bayar RP10,000 seorang. Pondok Rp60,000 sebuah.....mana cukup so terbang Rp120,000. Makanan - ikan pari bakar dan ayam goreng dalam Rp60,000. Lepas makan ikan pari, terus menggaru.....sampai merah dua-dua tangan.





















No comments:

Post a Comment