Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


July 14, 2009

Pops Cake

Senang banget nak buat Pops Cake ni. Chetam kongsi resepi yang Chetam gunakan untuk digunakan semasa kelas coklat Chetam.

Pops Cake Chetam

Bahan
Kek yang telah siap dibakar
Frosting Cream Cheese

Cara
Hancurkan kek. Kemudian masukkan frosting. Gaul hingga sebati. Bulat-bulatkan dan masuk dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti sejuk sehingga tiba masa ia diperlukan.

Bila perlu, keluarkan bebola kek dari peti sejuk. Siapkan coklat yang telah dicairkan. Celup bebola kek. Letak bebola kek atas kertas minyak dan masukkan dalam peti sejuk. Bila dah beku, boleh hias dengan coklat cair yang berwarna warni. Ataupun selepas bebola kek dicelup dalam coklat, terus taburkan hiasan warna warni seperti gambar di atas.

Nota Kaki Chetam
  1. Kek yang Chetam gunakan adalah kek yang Chetam buat sendiri dari cream cake mix yang diberi oleh jiran Chetam. Jiran Chetam baru buka kedai bakery supplies di Subang. Sedap kek ni sampai Buya makan berulang kali sebelum Chetam hancurkan untuk buat Pops Cake.
  2. Frosting yang Chetam gunakan dibuat dengan sukatan berikut : 250gm cream cheese, 1/2 buku butter, lebih kurang 4 cawan gula aising yang dah diayak. Pukul cream cheese dan butter hingga kembang. Lepas tu masukkan gula aising sedikit demi sedikit sehingga dapat tekstur yang dikehendaki
  3. Selalunya frosting digunakan untuk letak di atas kek tetapi untuk Pops Cake, frosting dimasukkan bersama kek yang dah dihancurkan
  4. Untuk dapat lebih banyak informasi berkenaan dengan Pops Cake ni, boleh lawat laman web ni : http://bakerella.blogspot.com
Contoh-contoh Pops Cake



Boleh juga refer youtube di bawah ni.

No comments:

Post a Comment