Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Chetam nak kongsi satu artikel sumbangan Mann Trex yang Chetam terima melalui email. Menarik artikel berkenaan cara-cara nak hapuskan lipas.
Harap dapat dimanfaatkan bersama-sama.
Chetam
Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu.
Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.
Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
- Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
- Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.
- Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol.
- Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
- Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.
- MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
- Jangan biarkan sampah sarap di rumah
- Selalu cuci bilik air
- Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
- Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
- Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
- Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
- 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
- Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
- Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.
- Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur.
- Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat.
- Begitu juga di ceiling.
Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.
Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
- Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
- Dua bahagian tepung gandum
- Satu bahagian koko
- Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
- Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
- BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!
Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.
MANN TREX - SIM
salam... bermaklumat dan bermanfaat :)
ReplyDelete* saya geli dan benci dengan lipas!
** kalau ternampak seekor pun saya akan buru sampai dapat :D
Ingatkan Chetam nak ajar cara menggoreng lipas. Bukan orang di Thailand makan lipas goreng?
ReplyDeleteUmi
ReplyDeleteWaalaikumsalam....macam mana umi kata umi geli tapi pantang ternampak pulak....terus jadi pemburu...hehehe
Zue
Lipas tak payah goreng...pijak jer terus masuk mulut...hehehehe...Memang kat Thailand ada serangga goreng yang dijual kat pasar-pasar terbuka