Chetam nak kongsi cerita sikit. Nani ni anak sedara Chetam, anak kepada Che Tih. Beberapa bulan lepas disahkan tonsilnya bengkak dan perlu pembedahan segera. Tarikh ditetapkan sehari selepas Hari Raya Korban yang lepas. Maknanya pagi raya dah kena masuk wad.
Nani punya la seronok nak masuk wad. Malam sebelumnya, mula la buat persiapan....beg punyala besar macam nak pegi vacation. Chetam ketawa berdekah-dekah tengok gelagat anak sedara yang sorang ni. Esok pagi raya, trus bapak Nani hantar masuk wad. Che Tih pun ikut sama. Petang tu Chetam dan Chenul pegila melawat. Di bawah ni telatah si Nani. Asik senyum jer......
Kebetulan pulak, sebulan sebelum tu ada sorang anak sedara jarak jauh di Kajang yang buat pembedahan tonsil di Hospital Swasta di Bandar Kajang. Tetapi bukan gunakan laser....dah sebulan lebih lepas pembedahan, masih lagi ada kesan pembedahan di tekak. Luka belum pulih sepenuhnya. Hopefully sekarang dah ok semuanya....dah lama tak jumpa.
Salam
Chetam
No comments:
Post a Comment