Iklan Berbayar


belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Jadual Kelas Bulan Februari dan Mac 2012

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut.

Untuk setiap kelas personal yang dibook, anda perlu bank in deposit RM100 utk kelas yang yuran melebihi RM200 dan rm50 utk yuran yang melebihi rm100.

Tarikh2 lain masih kosong. Sila buat tempahan dengan email chetam1@gmail.com atau sms 010-7850314

Jika anda berminat untuk mempelajari pembuatan aneka jenis BUNS. sila hubungi Chetam. Pembelajaran secara hands-on untuk hampir 14 jenis buns. Antaranya : Split Bun, Sosej Roll, Selipar Bun, Chicken Floss Bun, Mexican Bun, Sardine Bun, Kaya Bun, Green Bean Bun, Red Bean Bun, Pizza Bun, Coklat Bun, Butter Bun, Cheese Bun


Berminat nak belajar macam mana nak buat seperti di atas? Angry Birds in the Basket dan Angry Birds Greeting Choc? Jemput datang ke Teratak Chetam. Kita buat sama-sama. Semua bahan akan Chetam sediakan. 100% hands on. Yuran berpatutan. Masa dan tarikh anda tetapkan mengikut kesesuaian anda.Sila email chetam1@gmail.com atau call/sms 010-7850314 untuk info lanjut.

Kelas Pastry Basket dan Tart Buah-Buahan - 24 Februari 2012. Kelas Personal sahaja - Yuran RM250. Module - buat 2 bakul berlainan bentuk untuk diisi dengan tart buah dan loli choc

Kelas Aneka Coklat Kompound - 25 Februari 2012. Yuran berkumpulan RM180. Module - bermacam-macam jenis coklat akan diajar termasuk Pops Cake, Truffle dan festive cookies dari coklat

Kelas Aneka Buns - 26 Februari 2012. Yuran Personal RM180, berkumpulan RM150. Module seperti di atas.

Kelas Demo Apam Dot Dot menggunakan 2 resepi berbeza - 1 Mac 2012. Yuran RM50. Kelas hanya akan berlangsung jika ada lebih dari 5 orang.

Kelas Demo Membuat Pizza - 2 mac 2012. Yuran RM50. Kelas hanya akan berlangsung jika ada lebih dari 5 orang. Setiap orang akan membayar balik 1 keping pizza saiz 10 inci.

Kelas Cheese Tarts, Fruit Tarts, Cream Puff dan Enclairs
- 3 mac 2012. Yuran Personal RM180, berkumpulan RM160.

Kelas Deko Doll Cake menggunakan 3 lapisan kek sponge - 4 Mac 2012. Yuran Personal RM180, berkumpulan rm150

Kelas Basic Deko Cupcakes menggunakan buttercream - 8 Mac 2012. Yuran Personal RM150, berkumpulan Rm120. Modul: Belajar membuat cupcakes dari Kek Coklat Lembab, belajar membuat buttercream dan menghias 12pcs cuppies. Resepi percuma turut diberikan.

Kelas Demo Pops Cake, Truffle dan Aneka Festive Cookies - 9 Mac 2012. Yuran berkumpulan RM90.

Kelas
Deko Cupcakes untuk Anak-Anak menggunakan buttercream - 10 Mac 2012. Yuran berkumpulan Rm50. Modul: Belajar menghias 10pcs cuppies. Kelas hanya akan berlangsung jika ada lebih dari 5 orang.

Kelas
Membuat LoliChoc, Oreo Choc, Rose Choc dan Bar Choc untuk Anak-Anak menggunakan coklat |Kompaun - 11 Mac 2012. Yuran berkumpulan Rm50. Kelas hanya akan berlangsung jika ada lebih dari 5 orang.

Kelas Fancy Cookies dan hiasan Royal Icing untuk Anak-Anak - 15 Mac 2012.
Yuran berkumpulan Rm50. Kelas hanya akan berlangsung jika ada lebih dari 5 orang. Module : Demo membancuh biskut, menggunakan cookies cutter, menghias biskut Angry Birds dan lain.

**Nota**
Jadual di atas mungkin berubah-ubah mengikut permintaan.

Boleh request sebarang tarikh kecuali hari Selasa dan Rabu, Chetam cuma free si sebelah petang. Modul mengikut keperluan anda.

January 15, 2009

Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini, berikut adalah di antara resepi-resepi yang dihidangkan sempena Hari Raya Aidil Adha yang lepas. Resepi adalah sumbangan kakak chetam.

Kek Pelangi Che Tih

6 biji telur gred C - Che Tih suka sb banyak telur putih
1 1/2 cawan gula kastor
1 cawan marjerin - Che Tih suka pakai Daisy
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar cream of tar tar
1 sudu esen vanila

Cara membuat

1 cawan gula dicampur dengan 6 biji telur serta cream of tar tar. Pukul hingga kembang.
1/2 cawan gula dicampur dengan marjerin dan esen vanila. Pukul sampai kembang.
Campurkan kedua-dua bahan yang telah dipukul dalam satu bekas. Masukkan tepung naik sendiri.
Asingkan kepada tiga warna - kuning (plain), hijau dan merah. (ikut suka)
Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dengan marjerin dan ditabur sedikit tepung. Masak selama 45 minit dengan suhu 180 darjah celcius, ikut kesesuaian oven masing-masing.


Nota Kaki Che Tih :
Adunan di atas boleh diubahsuai sekiranya tak nak kek berbelang. Anda boleh tambah coklat urai atau chocolate rice.
Atau boleh suka ditambah parutan kulit limau serta perahan air limau sebanyak 1 cawan.
Atau boleh juga ditambah 1 cawan ubi kayu yang telah diblend. Rasanya seakan-akan bengkang ubi kayu.
Anda boleh juga buat kek nenas terbalik ikut kaedah di bawah.

Kek Nenas Terbalik Che Tih

Adunan kek sama seperti di atas tetapi kurangkan telur kepada 4 biji sahaja.
1 cawan air nenas - dalam tin
Nenas bentuk bulat
Ceri merah dan hijau

Cara membuat

Sama seperti kaedah di atas tapi tambahkan air nenas (bukan limau yer...silap typo sebelum ni) secawan. Abaikan penggunaan pewarna.
Sapu marjerin pada loyang, tabur gula perang dan susun nenas rapat-rapat. Masukkan ceri hijau dan merah ke dalam nenas yang berlubang.
Tuangkan adunan kek dan bakar dalam oven.

0 comments:

Post a Comment