Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


February 14, 2008

KOSMO ONLINE! KUALI BERSAMA NORZAILINA NORDIN

Ban manis


UNTUK kulit yang berkilat, gliskan dengan susu segar bercampur telur dan sedikit gula kastor.

BAGI kebanyakan orang, tiada yang lebih menarik daripada bau harum roti yang dibakar dalam ketuhar di dapur anda sendiri! Menyediakan roti tidak sesukar yang disangka. Anda hanya perlu memahami teknik membuatnya dengan terperinci.

Untuk roti mengembang dengan sempurna, anda perlu gunakan tepung roti. Tepung ini juga dikenali sebagai tepung berprotein tinggi. Ia mempunyai tahap penyerapan air yang lebih jika dibandingkan dengan tepung biasa. Roti daripada tepung ini mempunyai tekstur yang ringan dan lembut.

Semasa mencampurkan bahan-bahan, pastikan garam digaul sekata dengan tepung sebelum memasukkan yis. Jika garam bercampur terus dengan yis, yis tersebut menjadi tidak aktif. Yis akan kehilangan fungsinya atau 'mati'. Ini mengakibatkan doh tidak berkembang.

Teknik menguli amat penting bagi mendapatkan adunan yang lembut, rata dan kenyal. Jika anda menggunakan tangan, uli selama 20 minit.

Caranya adalah dengan menolak doh di atas papan pencanai menggunakan tapak tangan sehingga agak leper. Kemudian lakukan proses ini berterusan dan ulangi hingga doh menjadi licin. Dengan mesin doh pula hanya 15 minit. Doh yang sempurna boleh ditarik nipis seperti doh roti canai.

Peringkat kedua adalah mengembangkan doh atau proving. Sapu mangkuk dan permukaan doh (yang dibentuk bulat) dengan sedikit minyak. Letak doh di dalam mangkuk.

Tutup dengan tuala kering atau plastik yang dilengser dengan marjerin atau minyak. Biar hingga ia kembang dua kali ganda daripada adunan asal. Sebaik-baiknya letakkan di tempat yang hangat. Proses ini mengambil masa kira-kira dua jam.

Peringkat seterusnya adalah menguli semula selama satu hingga dua minit. Proses ini untuk memecahkan gelembung udara dan menentukan doh yang dibentuk kembang sama rata.

Selepas dibentuk, ia perlu ditutup semula (dengan plastik atau tuala bersih) dan dibiar kembang sekali lagi. Ia selalunya tidak mengambil masa yang lama. Selalunya, di dapur yang agak hangat cuma selama 20 minit.

Untuk kulit roti yang lembut, tidak diglis atau disapu langsung sebelum dibakar. Sebaik saja dikeluarkan dari ketuhar, memadai diglis dengan mentega cair atau campuran susu dan telur.

Sekiranya anda hendak kulit roti yang rangup, gliskan roti dengan air bercampur dengan sedikit garam sebelum dibakar. Sementara untuk kulit yang berkilat, gliskan dengan susu segar bercampur telur dan sedikit gula kastor. Jadi, terpulanglah pada resepi roti itu sendiri atau kesukaan masing-masing.

Roti mesti dibakar pada suhu yang tinggi iaitu 200 darjah C hingga 220 darjah C. Pastikan ketuhar dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit. Roti yang elok masaknya akan berwarna kekuningan, agak mengecut sedikit dan ringan.

Bagi roti paun atau jenis yang dipotong kepingan, untuk memastikan ia masak atau tidak, ketuk bahagian bawahnya. Jika bunyinya 'lopong' atau berongga, bermakna bahagian dalamnya sudah masak.

Kenapa roti tidak berapa naik? Anda tidak gunakan tepung berprotein tinggi. Mungkin juga kerana garam berlebihan atau doh tidak mengembang dengan cukup sebelum ia dimasukkan ke dalam ketuhar. Ini boleh juga terjadi kerana suhu ketuhar terlalu rendah (tidak cukup panas).

Roti mungkin terasa masam jika anda menggunakan yis berlebihan. Ini harus diperhatikan bila menggunakan yis kering. Yis jenis ini mesti dilarutkan terlebih dulu dengan cecair.

Antara inti segera yang anda boleh gunakan ialah kaya di dalam tin. Selain itu, serunding dan sardin juga sesuai dijadikan inti roti yang tidak manis. Pastikan anda tutup kemas setelah mengisi doh dengan inti untuk mengelak ia terbuka semasa proses mengembang.

Roti yang sudah masak hendaklah disejukkan di atas redai. Jika tidak, stim yang terperangkap di bawah roti akan mengakibatkan ia lembab. Roti yang lembab tidak tahan lama dan senang berkulat.

No comments:

Post a Comment