Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


July 26, 2007

Mini Gathering Ngan Gang ITM Kuantan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam jarang update personal things di sini tapi saja nak citer tentang mini gathering di SOGO last week. Chetam dulu study di ITM Kuantan sebelum ke ITM Shah Alam. Lepas habis study, ada gang yang sambung belajar tapi Chetam keje kat ladang anggur* selama beberapa tahun sebelum Arwah Bapak suruh pi Kajang cari keje....hehehehe

Selepas 2 dekad, mini gathering diadakan di SOGO sempena kedatangan rakan dari Kuantan yang ada konferen di Kuala Lumpur. Agenda utama tentulah nak promote barangan kemas Kristal Swarovski yang Chetam buat sendiri. Target utama ialah si Sherry yang rajin sembang kat ruangan Jom Sembang di sebelah kanan tu......hehehehe.....banyak juga dia borong. Tima Kasih yer Sherry Norjane.....harap tak serik mengabihkan duit beli kristal yer....hehehehe.....

Selain dari Sherry Norjane, LAWA dan Mami Lyn dari EPF pun datang. Kesian LAWA...gelang yang dibeli seminggu sebelumnya dah hilang di Mid Valley. Sori yer LAWA.....waranti hanya untuk barang yang rosak bukan hilang yer....hehehehe....Mami Lyn siap promote kat ofis....Alhamdullilah...banyak order masuk. Turut datang ialah Zek dari DIGI. Zek pun order juga......siap tunjuk barang kat hubby....Baby Zek baru jer sambut 1st Birthday......very sweet Baby Zek....jangan lupa belikan rantai tangan untuk Baby yer....hehehehe

Kak Ita dari TM pun sudi join gathering....rupernya Kak Ita pun buat jewellery from Kristal tapi untuk diri sendiri dan juga anak dara beliau. Paling kelakar bila Chetam pelawa makan kek coklat. Kak Ita kata tak minat tapi potong juga sebesar jari dan makan demi tak menghampakan Chetam. Pas tu potong lagi sikit....pas tu....potong lagi sikit.....hehehehe.....itu la penangan kek Coklat Kukus Badariah. Siap minta resepi.

Sorang lagi kawan Chetam semenjak dari Sek. Men. Sains hingga ke ITM pun turut hadir. Cho siap bawa bodyguard datang dari Port Dickson. Bukan datang kosong tapi siap ngan briefcase penuh ngan produk Luxor.....hehehehe...Cho pun siap order set gelang tangan dan brooch. Nak yang sebijik macam Mami Lyn.

Selain dari kek coklat, Chetam juga bawa Kek Carrot. Semua puji sedap.....lebih sedap dari Secret Recipe....hehehehe.....Sherry siap suruh pos ke Kuantan.

Ini serba sedikit gambar.....jikalau anda merupakan bekas student ITM Kuantan dan kenal gang di bawah...sila email chetam1@gmail.com

Sesi tayang kristal. Atas meja tu kek karot dan kek coklat kukus badariah.

Sherry tengah bersandar kat belakang. Kenyang kut...hehehe

Nota Kaki Chetam: Chetam keje kat ladang anggur? Ladang anggur ni bukan kat US tapi sebenarnya PENGANGGUR....hehehehe

July 17, 2007

CLASS COOKIES RAYA - ITA'S DELIGHT (PACKAGE II)

Kelas akan diadakan pada:

Tarikh: 5 OGOS 2007
Jam: 2.00 petang
Yuran: RM100.00
Tempat: Lot 492-A, Jalan Yadi, Klang,
Tel: 016-2771107 (Nurull) setiap masa atau 016-2195009 (Rozita) selepas jam 6pm atau sms or email anytime

1. CREAM CHEESE COOKIES
2. PEANUT BUTTER CRUNCHY
3. CONFLAKE CHOCOLATE
4. NESTUM DELIGHT
5. SESAME CRUNCHY COOKIES
6. SOYARICE SWEET COOKIES
7. STRAWBERRY MUNCHIES
8. ORANGE CRUMBLE CRUNCHY COOKIES
9. BISKUT FLOWER KIROS
10. CHOCOLATE DARIO COOKIES
Sila sahkan kehadiran dengan segera.. kelas biskut terakhir sebelum bulan puasa.
AMBIL PERHATIAN:
PADA 26 OGOS 2007
KEK PERSEDIAAN RAYA MENYUSUL...
KEK ROLL SARAWAK TERBARU
KEK LAPIS TERBARU....

July 11, 2007

COCONUT BLOSSOM CAKE

Chetam dah lama simpan resepi ni tapi tak pernah buat. Resepi ni dihantar melalui email tanpa gambar. Hari ni semasa sedang search dalam googles, terjumpa resepi yang sama tetapi disertai dengan gambar yang sungguh menikam kalbu. Gambarnya Chetam dapati dari http://rossyabakes.fotopages.com/. Kalau nak cari resepi dengan gambar-gambar yang mengancam, boleh lawati fp ni. Fp ni kepunyaan Rossya......nama yang sinonim di Forum Cari.com kalau tak silap Chetam. Sayangnya, beliau telah menutup secara rasminya FP beliau pada bulan Februari yang lalu. Tiada lagi gambar-gambar baru yang akan diupdatekan.

Chetam tampillkan resepi ini dalam 2 versi berbeza......satu dari Leen Omar dan satu lagi dari Rossya. Versinya berbeza kerana penggunaan sukatan yang berlainan. Anda pilih yang mana lebih senang untuk anda praktikkan.

COCONUT BLOSSOM CAKE Sumbangan Leen Omar Rnet 8 Ogos 2005

Bahan-bahannya
3 biji Telor Sejuk
9 oz Gula Halus
10 oz Tepong Softasilk/Tepong Hong Kong
5 oz Coconut cream atau 1 biji kelapa ambil patinya
2 oz Daun pandan di ambil patinya atau essen pandan flavour
1 tbsp Ovelette
2 ½ tsp Essen pewarna hijau

Untuk Intinya
1 biji Kelapa di buang kulitnya dan di kisar
6 oz Gula melaka/hitam
1 ½ cawan Air
1 tsp Garam
Bahan-bahan ini hendaklah di goreng.

Peratorannya
Telor di pukul hingga kembang kemudian tarok gula. Pukul hingga putih dan hancur. Tarokkan coconut cream dan ovelette. Kacau hingga pekat dan kembang barulah di tarok bahan-bahan yang lain dan juga tepong. Kacau rata-rata hingga sebati.

Setelah selesai ambil bahan ini anggaran 1 sudu tarok di dalam mangkok kertas. Tarok inti di atasnya kemudian di tutup dengan bahan tepung tadi dalam 1 sudu lagi. Kemudian hendaklah di kukus dengan air.



Steamed coconut Blossoms dari
http://rossyabakes.fotopages.com/

Bahan A:
3 biji telur sejuk
220g gula halus
275g Softasilk
3 s.k. baking powder
1 s.k. ovelette
140g coconut cream


Filling B:
50g gula
125g gula melaka
1 s.k. cornflour dibancuh dengan 50g air
3 helai daun pandan
225g kelapa parut


Semua bahan-bahan A dipukul dengan high speed. Bahagikan kepada beberapa bahgian lalu di warna mengikut kegemaran anda. Masukkan sedikit adunan kedalam acuan kemudian bubuhkan fillingnya lalu ditutup lagi dengan adunan tepung. Kukus lah selama 15 minit.

Bahan-bahan untuk filling hendaklah disatukan lalu dimasak hingga kering.

July 05, 2007

Resepi Set Hidangan Pengantin dari Kak Liza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Meleleh tak air liur tengok gambar-gambar di bawah ni? Kak Liza dah beri kebenaran pada Chetam untuk merompak gambar-gambar ini dari fp beliau.

Tema hidangan ialah Hidangan Pengantin. Nak resepi??? hehehehehe....minta mahap...kalau masuk fp Kak Liza pun tak ada resepi. Kenapa? Tak Percaya? Hidangan Pengantin ini adalah untuk Majalah Jelita bulan Ogos edisi Khas Pengantin. So kalau nak resepi-resepinya, siapkan duit anda untuk membeli Majalah Jelita.


Maaf kepada pengunjung-pengunjung yang berada di seberang laut....mungkin anda boleh pesan saudara mara atau sahabat taulan anda untuk membelikan Majalah Jelita bulan Ogos ini.


Chetam










July 02, 2007

Kelas Kek Lapis dan Savoury (kueh mueh pedas)

Kelas akan diadakan pada:

Tarikh: 8 July 2007 (Ahad)
Jam: 2.00 petang
Yuran: RM100.00
Tempat: Lot 492-A, Jalan Yadi, Klang,
Tel: 016-2771107 (Nurull) atau 016-2195009 (Rozita)

3 Jenis Kek
1. Kek Kukus Mosaic
2. Kek Roll Permata Jade
3. Mandarin Susmaker Roll

3 Jenis Kueh Tradisional
1. Cara Keladi Berlauk
2. Crispy Black Sesame Popiah
3. Pastel Curry Udang

Kami juga akan mengadakan package biskut persediaan hari raya
Package I dan Package II...
Sila sms address or email agar mudah pihak kami menghantar jadual kelas dan jenis-jenis biskut yang akan di ajar....

Di klang, Nurul Bakery dan Ita's Delight adalah salah satu syarikat yang mengeluarkan biskut di Klang.

Pihak kami juga dengan besar hati untuk mengajar di luar kawasan.. dan organiser adalah di alu-alukan.

Atas Permintaan - Piping buttercream roses

Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera

Chetam harap klip video ni dapat membantu anda untuk membuat bunga rose sebagai hiasan kek anda.