Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


December 26, 2007

Nasi Lemak Sambal Tumis Ikan Sardin Chetam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Teringin pulak nak makan nasi lemak buatan tangan sendiri. Setiap hari sabtu dan ahad, selalu ajak Buya pegi makan nasi lemak tapi tak kesampaian. Bila tunggu Buya siap, tengok jam dah tengahari. So krismas semalam, Chetam buat sendiri.
Di samping nasi lemak dan sambal ikan sardin, Chetam juga hiaskan dengan ikan bilis goreng (best...kriuk..kriuk....Buya suka sangat), ayam goreng kunyit tak cukup, telur dadar dan kentang goreng.

Nasi Lemak Sambal Sardin Chetam
Sumber : Chetam

Nasi Lemak
Santan dalam pek plastik
Air secukupnya
Beras
Daun Pandan
Garam
Halia
Bawang merah

Basuh beras, tambah santan segera dan air secukupnya. Masukkan daun pandan yang sudah dibasuh, dikoyak dan diikat. Masukkan bawang merah yang telah dihiris dan halia yang diketuk. Tambah garam secukup rasa. Masak guna periuk letrik.

Sambal Tumis Ikan Sardin
1 tin ikan sardin (Chetam guna jenama Marina)
Cili boh
sedikit belacan
Ubi kentang yang dah digoreng (potong style wedges)
Sedikit air
Minyak masak
Sedikit garam dan gula

Panaskan minyak dalam kuali. Tambah cili boh dan belacan. Tekan belacan dengan sudip supaya hancur. Tambah sedikit air. Biar hingga naik minyak.

Masukkan kuah sardin dari tin, biarkan sekejap. Tuangkan ikan sardin dan gaul perlahan. Masukkan gula dan garam secukupnya. Bila dah siap, masukkan kentang yang telah digoreng.

Nota Kaki Chetam : Sepatutnya buat sambal tumis kena masukkan air asam jawa atau asam keping tapi Chetam tak buat begitu. Buya sensitif bila bab asam ni. Buya tak suka. Belacan pun Chetam tambah sikit jer.

No comments:

Post a Comment