Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


November 23, 2007

SOTONG OH SOTONG!

Sotong Garing
Sumbangan : Tinjau Lihat dr OnTheMenus

Bahan
4 ekor sotong dibersihkan dan potong bulat tebal
2 keping roti bakar dan kisar jadi sebuk
4 sudu besar tepung jagung
2 biji telur dipukul dgn. garam & lada sulah
minyak untuk menggoreng
Taburkan tepung jagung ke atas sotong dan ratakan.
Golekkan ke dalam telur dan ke dalam serbuk roti
Panaskan minyak dan goreng sotong hingga garing & toskan. Hias dan hidang.

SOTONG GORENG BETAWI
Sumber: Siti Latifah Yusop
Sumbangan: Diana

Bahan A
1 kg sotong
1/2 kg daging cincang
2 biji bawang besar, dipotong dadu dan digoreng
1/2 tin kacang peas
1 batang lobak, dipotong dadu
2 biji kentang, dipotong dadu
1 sudu teh rempah ketumbar jintan
1/2 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh lada serbuk
garam secukup rasa
(bahan dibawah dikisar halus)
10 batang lada kering
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
sedikit belacan

Bahan B - Sambalnya
2 biji bawang besar, dipotong dadu
3 biji tomato, dibelah 4
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan cuka atau air limau kasturi
(bahan dibawah dikisar halus)
10 batang lada kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
1 sudu teh kunyit serbuk

Cara untuk Bahan A
Panaskan minyak, tumis rempah kisar hingga wangi. Masukkan daging, lada serbuk, kunyit, rempah ketumbar jintan dan garam. Bila sudah masak masukkan bawang dan kentang. Sejukkan dan sumbat dalam sotong, jahit dan goreng.

Cara untuk Bahan B
Panaskan minyak, tumis rempah kisar sehingga wangi. Masukkan tomato sos, cili sos, cuka atau air limau kasturi, bawang dan tomato. Kemudian masukkan garam. Gaul rata. Tuangkan sambal keatas sotong bila menghidang.

SOTONG GORENG PEDAS
Sumbangan : Ariza dr OnTheMenus

Bahan-bahan:-
600gm sotong segar (dibersihkan dan dipotong gegelang atau kepingan)
2 camca besar minyak masak
2 biji bawang merah dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
2 biji cili merah dicincang
2 pucuk daun bawang dihiris halus
3 camca teh Sos Malaysian Stir-Fry Chef Wan
Sedikit serbuk lada hitam
1 pucuk daun ketumbar dihiris halus
Rebus sotong didalam air panas sehinggs separuh masak. Kemudian sejat dan ketepikan.
Panaskan minyak masak didalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan cili merah, daun bawang, sotong dan Sos Malaysian Stir-Fry Chef Wan dan goreng 2 hingga 3 minit.
Bubuh sedikit serbuk lada hitam dan daun ketumbar yang dihiris tadi. Gaul rata-rata sehingga sebati dan tutup api.
Hidangkan panas-panas bersama nasi.

SOTONG GORENG THAI
Sumber: Chef Tan, Sakura Restaurant
Sumbangan: Diana

Bahan-Bahan
200g Sotong
150g Serbuk roti
1 biji Telur
1 sudu kecil Serbuk kunyit
1 sudu kecil Minyak bijan
5 sudu besar Tepung jagung
Secukup rasa Gula merah
Secukup rasa Garam
30g Tepung naik sendiri
15g Tepung custard
700ml Minyak
1 sudu kecil Serbuk lada putih

1. Cuci sotong dengan tepung jagung untuk menghilangkan lendir sotong. Kemudian, sotong dicuci dan ditos.
2. Masukkan telur yang telah didadarkan. Campurkan kunyit, garam, gula merah, tepung naik sendiri, tepung custard dan minyak bijan. Gaul rata dan golekkan dalam serbuk roti. Goreng hingga sebati.

SOTONG GORENG TOMYAM
Sumbangan: Kak Liza

Bahan-bahannya
500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 biji kentang [potong baji dan gorengkan]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
3 tangkai cili besar
3 tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asalm jawa
5 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

Bahan tumbuk
5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan daun limau purut,, serai.bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan sotong dan kentang. Gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yg dipotong.

Sotong Pesemol
Sumbangan : Audah dr OnTheMenus

Bahan-bahan
1kg sotong di potong empat segi dan dikelar-kelar
Sedikit minyak untuk menumis
1 batang cilimerah dibelah dua
1 batang cili hijau dibelah dua
2 biji buah tomato dibelah dua

Bahan-bahan yang dimesin:)
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cilimerah
5 biji cili padi
6 biji buah keras
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 batang serai dititik
1 cm lengkuas
1 helai daun kunyit dihiris nipis
2 camca kecil Gula Jawa
Garam secukupnya
3 keping Asam keping
2 cawan santan pekat

Cara-cara membuatnya:)
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai bersama lengkuas dan
bahan-bahan yang dimesin sampai wangi.
2. Masukkan santan dan asam keping, didihkan perlahan-lahan sampai pekat.
3. Masukkan sotong, gula jawa, garam dan cili, tomato serta hirisan daun kunyit.
Sajikan.

SOTONG RANGGUP MADU
Sumbangan: Diana

Bahan Bahan A (Ditumbuk):
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1½ cm halia
4 cm akar ketumbar

Bahan-bahan B:
1 sudu besar serbuk ketumbar
¼ sudu kecil garam
¾ sudu kecil serbuk ikan bilis
¼ sudu kecil gula
1 biji telur - diambil putih sahaja, dipukul sedikit

Bahan-bahan lain:
1½ sudu kecil bawang putih tumbuk
10 biji cili padi - dihiris
Bahan-Bahan Saduran:
120 gm tepung beras
120 gm tepung ubi

Bahan-Bahan Sos Madu:
5 sudu besar gula maltose }
2½ besar madu } masak
2 besar sos tiram } sehingga
½ kecil minyak bijan } sebati
1 sudu besar air }

Bahan-Bahan Hiasan
Daun bawang
Daun ketumbar
Cili merah
Lobak merah

Cara Memasak:
1. Sotong dipotong bulat setebal 3 mm, toskan airnya.
2. Gaulkan sotong bersama bahan A dan B, perapkan selama 10 minit.
3. Panaskan minyak. Sadurkan sotong dengan campuran tepung hingga kering dan tidak melekat antara satu sama lain.
4. Goreng sotong sehingga kekuningan dan keluarkan.
5. Tinggalkan 2 sudu besar minyak di dalam kuali. Goreng bawang putih sampai wangi. Masukkan cili padi. Gorengkan sebentar. Masukkan gula 6 sudu besar sos madu. Kacau hingga sebati. Masukkan sotong dan gaulkan sekali hingga sebati. Keluarkan
6. Hiaskan dan hidang panas panas.

No comments:

Post a Comment