Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


October 11, 2007

SALAM LEBARAN DARI CHETAM SEKELUARGA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam ambil kesempatan ini untuk menyusun jari sepuluh momohon maaf sekiranya selama Chetam bersiaran dari Teratak Chetam, ada kesilapan atau kesalahan yang telah Chetam lakukan.

InsyaAllah malam raya nanti Chetam akan berlepas dari LCCT menuju ke Kota Medan untuk berhari raya bersama Buya dan Chenul serta keluarga mertua di sana. Dah 3 minggu tak tengok muka Chenul....rindu banget. Chetam akan bercuti selama seminggu di sana so tiada sebarang aktiviti di Teratak Chetam nanti.

Semasa balik ke kampung minggu lepas, Chetam berkesempatan untuk menziarahi pusara kedua-dua Arwah Bapak dan Emak dan bersedekeh Surah Yassin kepada mereka berdua. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati roh mereka berdua.

Di atas ni pusara Arwah Emak Chetam yang meninggal dunia pada bulan Februari 2006. Bila pegang batu nesan, rasa sebak di dada. Chetam baca Surah Yassin di pusara Emak sementara Kak Ti baca di pusara Bapak. Pusara mereka berdekatan sahaja.

Selesai membaca Yassin di pusara Emak, Chetam terus ke pusara Bapak. Pegang jer batu nesan, air mata menderu mengalir. Pemergian Arwah Bapak memberi kesan yang amat mendalam pada diri Chetam. Selepas Arwah Emak meninggal dunia, Chetam ingatkan Chetam punya waktu yang panjang untuk berbakti kepada Arwah Bapa. Bila Chetam bersetuju untuk beraya di Kota Medan buat pertama kali tahun lepas, Chetam tahu Arwah Bapak sedikit kecewa kerana beliau sudah merancang untuk beramai-ramai menziarahi pusara Arwah Emak di pagi raya. Beliau mengharapkan Buya untuk mengetuai acara membaca Yassin dan Doa tapi beliau redha dengan keputusan Chetam.

Chetam pegi beraya ke Medan dengan harapan yang sebaik sahaja pulang nanti, Chetam akan terus pulang ke kampung untuk bersalam dengan Arwah Bapak. Tapi takdir telah menentukan yang Arwah Bapak meninggalkan kami semua pada 10 Syawal. Chetam cuma sempat mengenggam tangan Arwah Bapak semasa beliau sedang nazak di Hospital Taiping. Namun Chetam tahu yang beliau telah bertahan selama 3 hari selepas kemalangan jalanraya semata-mata kerana menunggu kepulangan Chetam dari Medan.

Chetam ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada kesemua abang-abang, kakak-kakak, abang-ipar ipar, kakak-kakak ipar dan anak-anak sedara. Selamat berkumpul di Raya Kedua nanti.

Berikut ialah adik beradik dan anak sedara Chetam :
  1. Abang Chak, Kak Chak, Eda dan Daud, Mamat, Ema dan Adi
  2. Abang Chik, Kak Chik, Nazri, Nazir, Ayu dan Haziq
  3. Abang Lang, Kak Ani, Asmeda, Shukri, Aishah, Ekin dan Sahir
  4. Kak Nah, Pak Su, Suhaila, Suhaili, Suhaimi, Suffian, Suhana, Fiza, Shamimi, Syarizal, Eddy, Aliff
  5. Kak Ti, Abang Shamsul, Hazman dan Biha
  6. Kak Jang, Abang Saipul, Adibah, Satirah dan Zahid
  7. Kak Tih, Abang Usop, Aqila dan Nani
Salam Lebaran
Chetam

No comments:

Post a Comment