Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
October 24, 2007
AL FATIHAH BUAT DI ATAS PEMERGIAN IBU MERTUA DI KOTA MEDAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Genap setahun selepas Arwah Bapak meninggal dunia, Ibu Mertua pula meninggalkan dunia yang fana' ini pada petang Isnin, 22 Oktober 2007 bersamaan 10 Syawal 1428H. Arwah Ibu Mertua merupakan ibu tiri Buya. Walaupun ibu tiri, Arwah telah menjaga Buya semenjak Buya kecil lagi. Kalau Buya balik kampung, Arwah Ibu akan menyediakan masakan kegemaran Buya ialah Gulai Lemak Kentang.
Sepanjang bulan puasa, Arwah tidak sihat dan dimasukkan ke rumah sakit kerana sakit buah pinggang. Buah pinggang di sebelah kiri telah mengecut sementara yang di sebelah kanan terdapat batu karang. Dua hari sebelum raya, Arwah telah dibenarkan keluar dari rumah sakit. Semasa Chetam sampai ke rumah, hari Jumaat 12 Okt 2007, Chetam sempat berikan rantai tangan kristal untuk Arwah. Arwah telah memakai rantai tangan tersebut di Hari Raya. Tetapi Arwah amat lemah dan hanya berbaring di kamar sehingga hari Khamis lepas apabila sekali lagi dimasukkan ke rumah sakit. Chetam, Buya dan Chenul kembali ke Malaysia pada hari Jumaat sebelah malam.
Pagi tadi, Buya dan Chenul sekali lagi terbang meninggalkan Chetam untuk pulang ke Kota Medan. Ayah dan Adik-adik Buya amat memerlukan kehadiran beliau. Semalam, sepanjang hari kami mencari tiket tapi semuanya habis. Kalau Buya dapat tiket pukul 1 petang semalam, sudah pasti Buya sempat menziarahi jenazah Arwah Ibu tapi nak buat macam mana.
Salam Takziah buat adik-adik ipar. Semoga tabah menghadapi dugaan yang maha besar ini.
Semoga Arwah Ibu dicucuri rahmat dan ditempatkan di samping orang-orang yang beriman dan beramal.
Al Fatihah.
Chetam
24 Oktober 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment