Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Kelas Personal di Teratak Chetam

Anda tentukan tarikh kelas anda sendiri

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut. Sila rujuk modul kelas di ruangan sebelah kanan.


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.


September 11, 2007

Puding Roti Berjem Stroberi

Puding Roti Berjem Stroberi
Sumber : Chetam

Bahan
Roti - 1 buku
Jem Stroberi
Susu Kotak - 1 1/2 cawan
Butter/Mentega
Sultana/Kismis
Gula 1 sudu

Cara
Panaskan susu dengan sedikit gula. Jangan bagi mendidih. Cukup sekadar untuk gula larut.

Potong kulit roti tapi jangan buang. Kulit roti diramas taua digunting halus-halus. Sapu butter/mentega atas permukaan roti. Sapu jem stroberi di permukaan roti yang lagi satu. Susun atas loyang dengan meletakkan permukaan yang disapu butter/mentega ke atas loyang. Tabur kismis/sultana dan tuang susu suam sekadar untuk membasahkan roti. Ulang proses yang sama dan lapiskan atas lapisan pertama tadi. Ulang sehingga roti habis.

Di permukaan atas sekali, taburkan kismis/sultana, tabur kulit roti dan tuang susu suam.

Masukkan loyang dalam oven yang dah dipanaskan dengan suhu 180 celsius. Bakar api atas bawah selama lebih kurang 25 minit...ikut oven masing-masing yer.

Dah masuk, boleh makan.....

No comments:

Post a Comment