Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


September 11, 2007

Masak Lemak Jantung Pisang ngan Anak Bawal


Masak Lemak Jantung Pisang ngan Anak Bawal
Sumber : Chetam

Bahan
Jantung Pisang
Anak Ikan Bawal (boleh ganti ngan ikan bilis)
Serai dititik
Cili Padi Hijau
Kunyit Hidup
Garam secukup rasa
Santan (Chetam pakai santan kotak)
Sebiji bawang merah

Cara
Potong jantung pisang ikut suka. Lepas tu masuk dalam periuk dan tambah air. Rebus jantung pisang untuk buang getah. Bila dah lembut, tutup api dan buang air rebusan. Masukkan semua jantung pisang dalam periuk.

Blend bawang merah, cili padi dan kunyit hidup sampai halus. Masuk dalam periuk. Masuk serai, anak ikan bawal dan santan. Nyalakan api. Masak sehingga mendidih sambil kacau kuah supaya tak pecah minyak. Masuk garam. Tutup api. Dah boleh dihidang dengan nasi putih.

No comments:

Post a Comment