Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


September 27, 2007

Lagi resepi dan gambar sumbangan Baya RNET

BISKUT SNOW ALMOND
Resipi - Zubaidah Che Pa
Sumber Majalah Jelita Sept. 2007

BAHAN A

110 gm mentega
1/2 sudu besar shorteing
50 gm kastor
1/2 sudu kecil esen kopi
1/2 biji kuning telur

BAHAN B

110 gm tepung gandum
25 gm nestum (kisar)
1 sudu besar coffeemate
35 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam

HIASAN

Serbuk roti putih
coklat masakan

PENYEDIAAN

1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaul rata
2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan
3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan
4. Bakar pada suhu 175 C selama 20 minit
5. Dah sejuk celupkan ke dalam coklat masakan dan golekkan ke dalam serbuk roti.

Snowball Cookies.

Bahan bahan
2 cawan tepung
2 cawan finely chopped nuts (walnuts or pecan) selalunya baya guna walnut.
1/4 cawan gula halus.
1 cawan butter (softened)
1 tsp vanilla
gula icing for rolling.

Method:
1. Panaskan oven 325F
2. Campurkan tepung, nuts, gula, butter and vanilla
3. Putar dengan mengunakan speed yg rendah, sehingga sebati ( 3-4 minute)
4. Dengan mengunakan teaspoon, sudu dan bulatkan dough 1 inci bola
5. Letak diatas ungreased cookie sheet dalam1 inch apart.
6. Bakar selama 18-23 minute atau sehinnga warna tukar menjadi light brown. Keluarkan secepat yg mungkin dari cookies sheet.
7. Roll dalam gula icing semasa tengah panas dan sekali lagi bila sudah sejuk.

Cornflakes madu.

90 gram sugar halus,
110 gram butter.
6 sudu besar madu/golden syrup

Untuk cornflakes pula.
120 gram cornflakes.
120 bubble rice( yg plain punya bukan Choc)
100 gram kacang/badam.

( bakar dulu skit badam tu) kalau kacang
selalunya baya guna kacang yg dalam tin saja.

Masak atas api sehingga butter,sugar, madu bercampur sebati. Sekejap ja masaknya. Kemudian tuangkan campuran cornflakes, Gaul sampai rata bancuhan madu dan cornflakes, sudukan dalam paper cup kemudian bakar 350F selama 11-12 minute.. :))..

Nota Kaki Chetam : Selalunya Chetam tak masukkan bubble rice. Kacang dan badam hendaklah dipanggang terlebih dahulu. Baru sedap nak mengunyah.

No comments:

Post a Comment