Minggu lepas Chetam balik kampung selepas hantar Buya dan Chenul ke LCCT. Buya dan Chenul balik ke Medan, so Chetam bawa diri untuk bermanja-manja dengan kakak-kakak di kampung.
Ini dia juadah berbuka hari Sabtu lepas. Resepi jangan tanya yer......Chetam makan jer...hehehehe.Sup Ayam ngan ubi kentang, Serawa Ubi Keledek ngan sagu, ikan goreng, sayur campur ngan telur dan kerabu kacang botol/kelisa. Air pulak teh o panas dan juga teh bunga sejuk.
Tak lupa juga Kari Ikan Siakap.......SODAP!!! dan juga kuih Serimuka, Talam Keladi dan Talam Ubi Kayu. Kuih ni dibeli di pasar Ramadhan Simpang dengan harga RM1 untuk 4 keping. Sedap giler....kuih talam ni penah di tempah semasa kenduri tahlil bulan Julai lepas.
Sebenarnya ada kerang bakar cicah sos cili cap arnab tapi masa gambar diambil, kerang belum masuk rumah. Kerang ni disauk di Kuala Gula, kebetulan abang ipar ada keje kontrak di sana.
Hari Ahad berbuka ngan Nasi Ulam. Chetam buat sendiri. Dah ambil gambar2nya tapi tak jadi la pulak. Rencah nasi ulam dibeli dari Pekan Sabtu di Changkat Jering. Ulam2 dah disiapkan, cuma perlu basuh dan hiris halus-halus. Setiap bungkus ulam berharga hanya RM1.00. Nasi dimasak sedikit keras, kemudian disejukkan. Hiris petai kecil2 dan goreng ikan masin tenggiri beberapa keping. Gaul ke semua bahan dan jangan lupa ramas ikan masin hingga hancur dan juga masukkan kerisik. Sodap.

No comments:
Post a Comment