Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


June 25, 2007

Marble Cream Cheese Cake - Sumbangan Diana Restoren Pak Amir


MARBLE CREAM CHEESE CAKE
Sumbangan: Diana kepada Restoren Pak Amir 13 Okt 2005

Sediakan kek span coklat bulat 9"
(sila rujuk kepada resipi yang di bawah sekali)

(A)
500 gram krim keju
80 gram gula

(B)
300 gram susu segar
70 gram gula

(C)
3 biji kuning telur

(D)
3 sudu besar serbuk gelatin
150 gram air
* gelatin dan air disebatikan

(E)
250 gram krim putar

(F)
60 gram coklat hitam, dicairkan

Cara-caranya
1. Putar (A) sehingga lembut dan gebu.
2. Didihkan (B) dan tuang ke dalam (C) dengan perlahan. Kacau sehingga rata. Tapiskan dan masak di bawah api yang kecil dan kacau sentiasa. Masak selama 2 minit dan alihkan dari api.
3. Reneh (D) di atas air panas sehingga bahan larut. Tuang ke dalam adunan tadi dan gaul hingga sebati.
4. Letakkan adunan di dalam air sejuk dan kacau sentiasa hingga sejuk (hampir 25 darjah C). Campurkan ke dalam (A) dan sebatikan.
5. Kaup dan balikkan (E) dan kacau hingga rata. Ambil 200 gram adunan dan campurkan dengan (F).
6. Potong kek menjadi 2 lapisan mendatar. Letak 1 lapisan kek di dasar acuan bulat berukuran 9".
7. Tuang 1/2 bahagian inti keju biasa (seperti di gambar) dan 3/4 bahagian inti keju coklat ke atas kek.
8. Letak lapisan kek kedua di atas (seperti di gambar 3).
9. Tuangkan baki 1/2 bahagian inti keju biasa ke atas (gambar 4) dan ratakan. Kemudian masukkan inti keju coklat dalam beg piping. Paipkan lingkaran ke atas kek (gambar 5). Gunakan lidi untuk membuat corak marmar (gambar 6). Dinginkan semalaman.
10. Keluarkan kek dari lingkaran acuan dan sapu sedikit glis diatas. Sadurkan tepi kek dengan satu dengan satu lapisan krim putar yang nipis dan selaput dengan kepingan kacang badam goreng.

SPONGE CAKE

Bahan-bahannya

(A)
160 gram gula
15 gram ovalette

(B)
5 biji telur
125 gram tepung
1 sudu teh baking powder

(C)
40 ml air

(D)
75 gram mentega, dicairkan

Cara-caranya
1. Masukkan (A) ke dalam mangkuk pengadun dan pukul sehingga sebati.
2. Campurkan (B) dan pukul sehingga pekat.
3. Masukkan (C) dan pukul adunan tadi sehingga lembut dan gebu.
4. Masukkan (D) dan gaul adunan sehingga sebati. Tuang ke dalam acuan bulat berukuran 9". Bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit. Setelah dibakar, keluarkan kek daripada acuan serta merta.

Nota: Untuk kek span coklat, campurkan 2 sudu besar serbuk koko denga 40 ml air dalam resipi untuk menghasilkan pes. Kemudian campurkan ke dalam adunan. Pukul sehingga rata.

No comments:

Post a Comment