Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


April 02, 2007

Peanut Butter Pound Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam dah lama tak buat kek so malam ahad lepas Chetam buat kek peanut butter ni. Sebenarnya ada rakan ofis yang tanya sama ada ada resepi guna peanut butter tak sebab dia nak kasi. Peanut butter ni sebenarnya akan expired tak lama lagi. So Chetam ambik la, lagipun dah lama tak bawa kek ke ofis.

Malang betul nasib Chetam sebab Oven Noxxa dari Amway yang belum setahun Chetam beli dah KONG!!!. Lampu menyala tapi langsung tak panas. Ini mesti sebab Chetam tak pandai jaga barang....terpaksa guna oven lama yang ada api atas dan bawah. Adunan kek ni banyak betul sampai penuh loyang. Bila bakar, adunan pun melimpah. Sepatutnya Chetam bakar dalam 2 loyang tapi malas.....hehehehe....so kek ni naik tinggi tapi belah atas tak masak-masak. Terpaksa lebihkan masa memasak dan akibatnya lapisan bawah jadi hitam dan keras. Tapi lepas dibuang lapisan bawah, kek ni masih lagi sedap. Yang paling Chetam suka ialah lapisan atasnya yang ala lembab-lembab.

Sekali lagi malang, Chetam bawa kek ni ke ofis dan ambil gambar. Lepas tu ofer pada rakan-rakan ofis. Bila upload gambar baru perasan yang tak boleh buka gambar tu. Alasannya....different format. Mak Ai....so enjoy resepi tanpa gambar kali ni.....hehehehe....nak tayang yang member2 dari RDotNet buat, kesemua kek dah dihias indah. So tak nampak juga hasil kek yang sebenar.

Peanut Butter Pound Cake
Sumbangan: Kak Norehan (dulu ahli Restoren Pak Amir)

Bahan
1 cawan butter
2 cawan gula (ini boleh dikurangkan sebab manis hasilnya nanti)
1 cawan gula perang
½ cawan peanut butter
5 biji telur
1 sudu makan esen vanilla (optional)
3 cawan tepung kek (Chetam guna tepung gandum jer)
½ sudu kecil baking powder (lebihkan kalau guna tepung gandum)
½ sudu kecil garam (Chetam tak bubuh pun, malas nak bangun ambil garam)
¼ sudu kecil baking soda
1 cawab susu (boleh guna fresh milk, Chetam ganti ngan susu cair jer)

Pukul butter dan gula hingga kembang.
Tambahkan gula perang dan peanut butter dan pukul lagi sehingga sebati. Tambahkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan esen vanila, pukul lagi.
Pastikan bahan-bahan kering telah diayak terlebih dahulu. Masukkan bahan-bahan kering berselang seli dengan susu.
Tuang dalam loyang besar yang telah digris. Bakar pada 325 darjah selama lebih kurang satu jam atau hingga masak.

No comments:

Post a Comment