Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


August 02, 2006

KEK AISKRIM KAK LIZA

Sumbangan Kak Liza Cari.com

Bahan
500 gm tepung chocolate sponge mix
3 biji telur
100 ml air
100 ml minyak jagung

1 liter ice-cream vanilla [keras]
1 cawan fresh cream [pukul sehingga gebu]

Cara.
1. Masukkan tepung, telur dan air dalam mangkuk dab pukul dengan whisker sehingga gebu selama 5 -6 minit pada kelajuan sederhana.
2. Masukkan minyak dan pukul lagi.
3. Lapikkan kertas minyak dalam loyang dan masukkan adunan.
4. Bakar selama 30 minit pada suhu 180'C.
5. Bila telah masak sejukkan dulu.
6. Kek yg sejuk dibahagikan 2.
7. Letakkan aiskerim vanilla ditengah.
8. Lapiskan aiskerim dengan bahagian kek yg dipotong tadi.
9. Sapukan fresh cream yg dipukul dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.
10. Sejukkan kek dan hidangkan bila hendak makan.

Nota Kaki Kak Liza: Kek ni amat sensetip bila terbiar kat suhu bilik...mudah cair..Bila nak makan baru hidangkan ...

2 comments: