Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


July 03, 2006

KEK KEJU BLUEBERRY


Sumber : WanitaMelayu.com
Sumbangan : Kak Liza

Bahan A -Base Biskut
120 gm biskut chipsmore
2 s/b butter

Cara
1. Mesinkan halus biskut.
2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.
3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat yg telah dilapikkan kertas minyak.
4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 10 minit.

Bahan B - Filling
250 gm krim keju Philidephia
70 gm butter
120 gm fresh cream
120 gm gula halus
50 gm tepung jagung
30 gm tepung superfine
1 s/teh esen vanilla
4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur]
2 s/b blueberry filling

Topping:
Filling blueberry..
[bolih dibeli siap dari kedai alat kueh/kek
atau dalam tin dari supermarket. ]

Cara:
1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ...
2. Pukul putih telur sehingga naik gebus saperti bueh sabun. Pastikan tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur...dan juga pemukul telur kering dari minyakatau air.]
3. Pukulkan keju kerim, butter, gula dan frsh cream/whipping cream sehingga gebu.
4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul algi sehinggga rata.
5.. Ayakkan kedua-dua jenis tepung.
6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata.
7. Buat teknik kaup-balikkan adunan.
8. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata.
9. Masukkan adunan dalam loyang yg telah ada biskut base.
10 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit
11. Bila telah amsak biarkan didalam oven selama beberapa jam.
12. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi.
13. Letakkan topping blueberry sebagai hiasan dan boleh dihidangkan.
Posted by Picasa

8 comments:

  1. Anonymous12:33 pm

    chetam,

    selain krim keju philedephia alternatif lain apa ya.

    ReplyDelete
  2. boleh guna sebarang jenis cream cheese yang anda yakin Halal. Chetam penah guna jenama TATURA sebab lebih murah. Kat Giant Supermarket ada jual. Harga untuk 250gm, lebih kurang RM5 tapi sekarang tak pasti harganya.

    ReplyDelete
  3. Cahayaku10:07 am

    Knape guna biskut chipsmore?selain biskut chipsmore,biskut apalagi yg bley guna??

    ReplyDelete
  4. apa biskut yang digemari boleh guna...oreo boleh...biskut marie pun boleh

    ReplyDelete
  5. Cahayaku1:50 pm

    Oooo,thanx Chetam..

    ReplyDelete
  6. salam...just konfius tentang fresh cream/whipping cream. resepi ni guna non-dairy ke dairy whipping cream? sye refer blog citarasawan, yg non-dairy utk hias kek. yang dairy untuk campuran dalam kek keju, mouse etc. maaf byk tny..sye budak br belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. guna dairy whipping cream e.g. anchor

      Delete