Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


July 03, 2006

KEK KEJU MARBLE


Sumber : WanitaMelayu.com
Sumbangan : Kak Liza

Bahan A
250 gm Krim Keju
30 gm mentega
30 gm gula kastor
3 biji kuning telur grade A
2 biji limau kasturi..ambil jusnya
1 s/k esen vanilla

Bahan B
3 biji putih telur grade A
30 gm gula kastor

1 s/b tepung jagung ]
1 s/b tepung superfine ] ayakkan

1 s/k coklat emulco

Oven setting 150'C
Masa Bakar 1 jam secara steam-bake

Cara:
1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang.
2. Masukkan telur kuning satu persatu.
3. Masukkan perlahan esen vanilla dn jus limau kasturi.
4. Masukkan putih telur dn gula dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dn gebu.
5. Campurkan putih telur yg telah dipukul kedalam bahan A. Kacau rata.
6. Masukkan tepung jagung kedalam adunan perlahan. Kacau rata.
7. Bahagikan adunan pada 2 mangkuk.
8. 1 bahagian dibiarkan warna asal dan 1 bahgian dicampurkan coklat emulco.
9. Kacau adunan yg coklat supaya sama rata warnanya.
10. Lapikkan loyang dengan 2 lapis kertas minyak.
11. Masukkan adunan dalam acuan berselang seli warna asal dan coklat.
12. Masukkan acuan ini dalam acauan yg lebih besar dan masukkan air.
13. Bakar sehingga masak.
14. Bila nak potong gunakan pisau pelastik yg telah dicelupkan dalam air panas.
15. Sejukkan betul2 sebelum dipotong dan hidangkan.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment