Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


July 27, 2006

CHOCOLATE CUPS

Sumbangan Diana

Resipi ini memang mudah untuk disediakan dan tak perlu dibakar...

Bahan-bahannya
125 gram coklat hitam
1 paket mangkuk kertas timah (foil cupcakes)

Untuk Inti
1 biji kuning telur
1/3 cawan gula aising
60 gram mentega
125 gram coklat hitam
1 sudu teh serbuk kopi
1 sudu teh air panas
1 sudu teh coffee emulco

Cara-caranya
1. Cairkan coklat hitam menggunakan teknik double boil. Letakkan 1 sudu teh coklat cair didalam mangkuk timah dan juga sekeliling mangkuk timah dengan menggunakan sudu. Letakkan diatas loyang dan simpan dalam peti sejuk sehingga coklat mengeras.
2. Masukkan kuning telur dan gula aising dalam mangkuk tahan panas dan kacau menggunakan teknik double boil sehingga ia pekat. Letak mentega di dalam mangkuk mixer dan pukul sehingga ia lembut, masukkan adunan telur tadi dan pukul hingga sebati.
3. Cairkan coklat menggunakan teknik double boil dan biarkan ia sejuk kemudian masukkan coklat kedalam adunan mentega tadi, pukul dan masukkan serbuk kopi yang telah dicampur dengan air panas dan juga coffee emulco. Pukul sehingga ia memekat. Sejukkan adunan ini didalam peti sejuk selama 5 minit.
4. Masukkan adunan yang telah sejuk kedalam beg piping acuan bintang dan pipekan bentuk rosette diatas coklat yang telah menggeras didalam mangkuk timah. Kemudian simpan dalam peti sejuk selama 15 minit dan barulah boleh keluarkannya dari mangkuk timah sewaktu menghidang.

No comments:

Post a Comment