Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


June 30, 2006

KEK PISANG LEMBAP - RASHIDAH RN


Ada yang mintak resepi Banana Cake dari Secret Recipe. Chetam minta maaf.....Chetam cuma dapat kasi resepi Kek Pisang yang disumbangkan Oleh Kak Shidah dari RN.

KEK PISANG LEMBAP

Sumber : RASHIDAH RN
Gambar : RASHIDAH RN

Bahan
120g mentega
120g majerin
12g ovallete
225g gula castor (kurangkan ke 200g jika tambah choclate rise)
225g telor Gred B (biarkan bhg kuning lebih)
300g tepong kek
1 tsp baking powder
45g susu UHT
300g pisang berangan
5tsp gliserin
1/2 tsp bicorbonate soda
1 tsp garam

Cara:
1. Pukul majerin, mentega ,ovallate, garam dam gula - 3 minit
2. Perlahankan kelajuan mixer masukkan telor sebiji demi sebiji.
3. Masukan gliserin dan pisang, kacau sebati sahaja.
4. Masukkan tepong, baking powder, soda dan susu.
5. Jika suka masukan esen pisang, saya tak suka baunya dan rasanya.
6. Bakar pada suhu 180 lebih kurang 45minit ikut oven masing - masing.
7. Saya gunakan oven sarawak.

Nota Kaki Chetam :
Gliserin boleh dibeli dari kedai yang jual bahan kek. Warna jernih jer dan selalunya digunakan untuk membuat fondant. Menurut Kak Rashidah, tujuan gliserin dimasukkan ke dalam resepi ini ialah untuk melembabkan kek.
Oven Sarawak ni pulak ialah sejenis oven yang menggunakan gas. Sebenarnya oven ini berasal dari Indonesia. Oven ini selalunya digunakan oleh orang Sarawak untuk membakar kek lapis Sarawak. Ia juga boleh digunakan untuk membakar lain-lain jenis kek, biskut dan roti. Nanti Chetam tempekkan gambar oven ni. Harga bagi oven yang paling kecil ialah RM900. Sebenarnya Puan Rashidah juga merupakan pakar kek lapis Sarawak dan juga mengambil tempahan oven sarawak dan perkakas membuat kek lapis untuk ahli RN. Sebelum anda keliru....Puan Rashidah bukan orang Sarawak.....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment