Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
June 30, 2006
FRAMBOZEN KENARI
Ada yang personally hantar email mintak resepi ni. Anak beliau sangat sukakan biskut ni. Chetam tak penah buat. Memang teringin tapi takut pulak nak buat sebab ada pantang larang semasa nak buat topping. Resepi ni pernah hangat di ResepiNet.
FRAMBOZEN KENARI
Sumber: D'MasLily
Gambar Sumbangan: Roziyati Othman RN
Bahan-Bahannya :
500gm butter
700gm tepung gandum
110gm gula caster
Sedikit jem ( gunakan jem blackcurrant lagi sedap )
Bahan Taburan :
Badam hiris
Bahan Topping ( Dipukul Hingga Kembang ) :
120gm putih telur
240gm gula halus
2 sudu teh tepung jagung
Nota : Pantang larang topping; Jangan terkena sebarang minyak atau butter, nanti kuih bantut
Cara Membuatnya :
Gula caster dan tepung digaul rata.
Masukan butter dan uli hingga menjadi satu doh yang lembut.
Canaikan adunan dalam loyang 9 x 12 x 1.
Rata-ratakan dan dilubangkan dengan garpu.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 160'C atau 170'C selama 10 - 12 minit atau hingga kekuningan.
Keluarkan dan sapu dengan jem dan kemudian topping, badam hiris dan bakar lagi selama 10 minit.
Biskut ini dipotong semasa panas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment