Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


June 22, 2006

Banana Choc Cake Sumbangan Sifu Suria

Resepi ini merupakan gabungan beberapa resepi yang berasingan. Hasilnya seperti apa yang dijual di Secret Recipe. Harga sebiji kek di Secret Recipe ialah RM62.00



Peraturan Mengikut Gambar di atas (Sumbangan Sifu Suria)
1- Kek lah yang dah di belah atau kat sini saya buat dua biji kek
2- Lapisan pertama butter cream - saya ikut recipe diana bagi dulu + choc emulco aja sekejap dah siap buat cream ni
3- Then pisang, kat secret recepi guna pisang montel, dlm gambar ni pisang berangan sedap gak...montel lebih sedap lah kedai kat rumah tak jual pisang tu.
4- Sapu lagi atas pisang tu dgn butter cream choc
5- Letak blue berry ( yang ni jgn kedekut lagi banyak lagi sedap)
6- Tutup dgn kek lapisan atas
7- Sapu dan hias guna choc pulak. yang saya guna ni choc + susu pekat manis atas sekali memang tak ada hiasan lain boleng choc semata..nanti pi secret recepi intailah.. selamat mencuba.

Komen Sifu Suria : Yes guna recipe kat bawah tu cuma kurangkan gula sikit sebab dah ada susu pekat. I used 1 1/2 gula aja. Kek ni cuba intai kat secret recepi nama dia pun sama banana choc cake. Mestilah ada base. Yang gambar tu i letak dlm tupperware sebab tak ada box dan board yang besar.

KEK COKLAT KUKUS ROHA

Bahan2.
Tepung Gandum 2 cawan
Gula Halus 2 cawan } gunakan gula yg biasa dan kisar halus
Serbuk koko 1 cawan} Boleh kurangkan sikit jika tak suka pahit
Minyak Masak 1 cawan
Air Panas Mendidih 1 cawan
Susu pekat manis 1 tin kecil} Klu pakai cremer 1 tin besar
Telur 5 biji
Baking powder 1 sudu kecil
Bikarbonat 1 sudu kecil

Caranya:
Sediakan pengukus. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan bikarbonat. Masukkan dlm bekas dan buat lubang di tengah2nya. Masukkan telur, gula, susu, minyak dan kacau sebati. Jangan kacau terlalu lama. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata. Kukus selama 1.30 jam. Untuk mengetahui kek sudah masak , cucuk dgn lidi dan kalau lidi ditarik
bersih menandakan kek telah pun masak. Bolehlah dihias dgn toping atau dimakan begitu sahaja.
p/s : semasa mengukus pastikan air kukus ditambah. Dalam masa 1.30jam pengukus hendaklah dibuka hanya sekali sahaja.


BASIC BUTTER CREAM - Krim Mentega Asas sumbangan Diana

Bahan-bahannya
(A)400 gram mentega
100 gram shortening

(B)180 gram gula aising
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya
1. Putar mentega dan shortening sehingga tidak berbintil-bintil. Masukkan esen vanilla dan gula aising. Terus memutar sehingga adunan lembut dan gebu. Sedia untuk digunakan.

Nota:
1. Untuk menyediakan krim mentega yang lebih keras, shortening boleh digantikan dengan krim majerin khas. Ia boleh dibeli dari kedai menjual bahan-bahan bakeri.
2. Untuk menyediakan krim mentega coklat, tambah 2 sudu besar pes coklat/ emulco dan pukul hingga sebati.
3. Untuk menyediakan krim mentega kopi, tambah 2 sudu besar pes kopi/ emulco dan pukul hingga sebati.

Nota Chetam : Resepi Buttercream di atas boleh juga digunakan untuk mendeco kek anda.

No comments:

Post a Comment