Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Atas permintaan ramai, berikut ada beberapa resepi Tau Fu Fah berserta tips.
TAUFU FA sumbangan Lynn ResepiNet
Bahan-bahannya
300 gram kacang soya
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh sekko/ GDL
2 cawan air kacang soya
3 helai daun pandan
Cara-caranya
1. Rendam kacang soya selama 4 - 5 jam.
2. Kisar kacang soya dengan 5 cawan air. Perah menggunakan kain muslin.
3. Kemudian kisar kali kedua hampas kacang soya dengan 7 cawan air. Ketepikan 2 cawan air kacang soya.
4. Didihkan air kacang soya dengan daun pandan.
5. 2 cawan air kacang soya dicampurkan dengan tepung jagung dan sekko/ GDL dikacau rata.
6. Tuang campuran air kacang soya bersama tepung jagung dan sekko kedalam bekas nasi ataupun tupperware.
7. Air kacang soya yang telah mendidih tu dituang kedalam bekas yang mengandungi air kacang soya yang telah dicampur sekko dan tepung jagung tu dengan cara teknik teh tarik iaitu dari bawah naik keatas jadi air kacang soya yang panas itu sebati dengan air soya yang dicampur sekko dan tepung jagung.
8. Jika permukaan ada buih dibuang buihnya TAPI JANGAN DIKACAU. Kemudian tutup, lepas 30 minit - 1 jam, kemudian boleh dihidangkan dengan sirap gula.
Taufu Fa sumbangan Fiza ResepiNet
Bahan-bahannya
300 gm soy beans - cuci, kosek sampai air clear...rendam semalaman dalam bekas bertutup
2 liter air
1 tsp sekko powder (boleh dibeli di Chinese medical hall)
2 sd besar tepung jagung
1/2 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul carik
AIR GULA
1 cawan gula
2 cawan air
simpulan daun pandan
sehiris halia (optional)
Cara membuat Taufu Fa
Kisar kacang soya bersama air (3 kali kisar) Perah ambil pati yang pertama sahaja. Tapis dengan kain supaya tak berkeladak...Boil bersama daun pandan dan kacau supaya tak meruap. sementara itu campurkan tepung jagung, sekko dan air kacau rata...Tuang soya bean yang sedang mendidih dalam satu bekas seeloknya periuk nasi...tuang dari atas dgn pantas campuran tepung jagung rata2 - tak perlu kacau dan tutup-alas penutup periuk dgn kain jika perlu. Biarkan beku..(boleh lihat air akan terapung diatasnya macam agar2 setelah tauhu set). Buang lebihan air sewaktu hendak skup (gunakan sudip atau senduk nipis).
Cara membuat Air Gula
Boil till thick
Ini pulak tips dari Diana :
[Quote]
Ini ada sedikit tips yang mungkin boleh dapat menghasilkan Taufu Fa yang perfect.
1) Dahulukan dengan Bismillah
2) Air kacang soya yang telah diperah tu. Ketepikan 2 gelas air kacang soya. Lebihan dimasak dengan daun pandan.
3) Air kacang soya hendaklah betul-betul masak ya kira dia didih sedikit-sedikit gitu jangan hanya wapkan.
4) Bila nampak air kacang soya hampir mendidih, bancuh sekko/ gdl dan tepung jagung kedalam air kacang soya yang 2 gelas itu. Kacau rata. Kemudian tuang dalam bekas nasi.
5) Tepung jagung boleh lebihkan sedikit (1 sudu besar), ini Diana buat pada kali 4 yang menjadi sebab tengok agak cair bancuhan air tu.
6) Sebelum tuang air kacang soya yang mendidih kedalam bekas tu, pusing2kan bekas nasi yang ada 2 gelas air kacang soya yang telah dibancuh bersama sekko/gdl dan tepung jagung. Supaya tepung jagung tidak mendap.
7) Baca bismillah lagi. Air kacang soya yang telah mendidih tu tuang kedalam bekas dari tepi bekas naikkan macam teh tarik cepat2 tinggi2. Ini yang akan membuat air kacang soya bercampur rata dengan adunan sekko/gdl dan tepung jagung.
8) Kemudian buang buih yang ada diatas untuk mendapatkan taufu fa yang licin diatasnya.
9) Ini Diana buat sendiri kalau nak ikut pun boleh sebab kali 4 buat menjadi. Bekas nasi Diana pusing2kan sikit. Kira ngerengkan sikit dan pusingkan 3 - 5 kali alah macam penyanyi dangdut pusing pinggang dia tu. macam tu la.
10) Tutup bekas nasi tu.
11) Taufu Fa yang cukup syarat akan menjadi cepat 45 minit dah beku dan ready untuk dihidangkan.
Antara faktor Taufu Fa tidak menjadi yang dapat Diana perhatikan dari process Diana mencuba.
1) Sekko kena cek dengan kedai yang kita beli sama ada sudah bakar atau belum. Sekko yang belum dibakar akan bewarna transparent, bila sudah bakar pada suhu 150 darjah c selama 2 jam ia akan bertukar seperti putih susu. Lebih baik beli GDL kat Bake with Yen. Ia juga dikenali dengan nama Lactone di Siingapura, my makcik beritahu sebab mereka iya2 sangat nak mencuba. So far feedback yang Diana dapat dari yang mencuba dengan GDL dan Lactone, first time je terus menjadi.
2) Air kacang soya hendaklah dimasak dengan betul. Jangan hanya wapkan sebaik-baiknya didihkan sedikit.
3) Tepung Jagung yang digunakan pun memainkan peranan. Diana menggunakan tepung jagung yang paketnya ada dua butir jagung diluar. Paket ini berhasil yang lain hampeh.
4) Kacang direndam dalam jangka 4 - 5 jam jangan berlebihan. Kerana jika lebih besar kemungkinan air banyak meresap.
5) Beli kacang soya dari supermarket Giant, Jaya Jusco dll jangan di kedai runcit. Norazie pernah mencuba katanya berlainan warna.
Ini sahaja tips yang boleh Diana berikan. Dan bila Taufu Fa itu menjadi bila kita ngerengkan bekas nasi tu taufu fa bersatu dan licin ditepi bermakna dah ready untuk dihidang. Alhamdullilah ia menjadi.
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam wbt.
ReplyDeleteterima kasih kak berkongsi resepi dan tips.
alhamdulillah sejak kali pertama sampai dah skrg lebih dr sepuluh kali buat. semuanya menjadi.
dah serata uk air soya resepi akak ni dapat dirasa oleh kawan-kawan saya.
semoga Allah ganjarkan kebaikan atas perkongsian ilmu ini. Jazakillah khair kak.
agak-agak dpt brp liter air soya dr 300gm kacang soya
ReplyDeletesye xgne tepung jagung..gne gdl jer...tp masam..nape yer..
ReplyDeletemn nk cari sekko tu
ReplyDeletebeli kat kedai sinseh...kedai ubat cina atau bakery suppliers...kalu kat semenyih, ada jual kat rakan marketing
ReplyDeleteNice blog.....tumpang resepi.... terima kasih
ReplyDeleteNice blog....saya tumpang resepi ni ...terima kasih semoga panjang umur dan murah rezeki.
ReplyDeleteSalam kak...sy dh try buat tp lembik sikit..xbleh dangkt..hancur..rsa ok la..apa xkena ek..sekko/gdl tu fungsinya apa?tepung jgung plak fungsinya ape?sedih rsa..dhla lenguh memerah..:-(
ReplyDeleteasslamualaikum....saya nk tanya la....saya pernah buat taufufa tp ikut resepi org lain...iaitu guna 150g kacang soya,1000ml air,1 sudu kecik sekko,1/2 cwn air suam dan 1 1/2 sudu bsr tepung jagung....bila saya buat menjadi cuma sedikit lembik dan tk licin di bahagian dlm....tp kali ke 2 saya buat lg...saya tukar kan sekko dgn GDL...sukatan yg sama...tau fu fah sgt lah cantik tp sedikit masam.....boleh saya tahu tak...andai kata akak tahu....ada perbezaan ke glu kita guna sekko dgn GDL?....HUHU rendam tidak pernah lebih dr 5 jam....hrp kakak dpt membantu...terima kasih....
ReplyDeleteapa nak buat dgn air campuran soya, GDL dan tepung jagung yg tak jadi?sakit perut tak kalau minum?ke terus buat siram pokok di taman?
ReplyDeleteerm..leh la wat sendiri xyah beli :-p
ReplyDeleteNak tnya knapa taufufa yg d buat rsa masam ya?
ReplyDeleteYe nak tanya kenapa taufufa saya buat masam.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKnpe taufu fa sye jdi masam
ReplyDelete