Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


May 02, 2006

Kek Lapis Cheese


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Petang semalam Chetam cuba buat Kek Lapis Cheese. Resepi diberikan oleh Puan Roziyati dari ResepiNet. Sangat mudah sebab bahannya senang didapati. Cuma bancuhan di bawah ni sikit so kek ni nipis. Next time Chetam kena doublekan adunannya. Maaf sebab gambar tak ada sebab kamera dah diambil orang. Tapi Chetam tempek gambar dari Puan Roziyati. Kalau tengok gambar, kek ni nampak tinggi, mungkin dibuat dari lebih satu adunan.

Chetam syorkan anda cuba kek ni. Senang dan sedap tapi kena pakai oven yang ada api atas dan bawah yer...

Kek Lapis Cheese
Sumbangan : Roziyati ResepiNet
Gambar : Roziyati ResepiNet

3 biji telur (putih dan kuning)
2 biji telur (kuning shj)
140 gm gula halus
1/2 sudu meja ovalette
(semua dipukul sampai betul2 pekat, angkat mixer, mixture tak jatuh)

125 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
(ayak - sebati)
50 gm air ais ( air sejuk dalam fridge)
(Tepung + baking powder gaul dalam mixture tadi diselangseli ngan air ais sampai habis)

200 gm butter (farmcows - disyorkan oleh Puan Roziyati)
125 gm cream cheese Philadephia
(Butter pukul sampai warna jadik putih dan masukkan cream cheese, pukul sebati. Campurkan ngan mixture kat atas tadi)

Panaskan oven @180C (api atas bawah). Acuan 7x7, alas bawah ngan tracing paper. Tak perlu gris acuan. Letak 4 sudu meja (atau 3 sudu meja kalau nak lapis lebih nipis.). Ratakan. Bakar 10 min (api atas sahaja). Ulang sampai habis.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment