Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Chetam sibuk sesangat dengan projek baru. Chetam akan mula conduct training sessions pada bulan Mac depan. Sekarang tengah buat preparation untuk test scripts dan training manuals.
Chetam dapat email dari Kak Dee. Ada resepi dari negara Brunai Darul Salam. Chetam tampal jer yer antara kandungan email yang Chetam terima.
Resepi 1
[Quote]
Resepi ni kak warisi daripada ibu kak. Kak banyak belajar resepi tradisi dari ibu. Walaupun tidak semua resepi tradisi yang kak pelajari tetapi rasanya lebih beruntung dapat mempelajarinya dan membuatnya sendiri. Resepi tradisi turun-temurun dari nenek moyang memang sayang sekali kalau kita tidak mempelajarinya dan menurunkan pula pada anak-anak kita agar tak hilang ditelan zaman.
Kuih Kelupis ni biasanya dihidangkan di majlis-majlis keramaian. Untuk dimakan pada bila-bila masa pun boleh juga. Kalau buat kelupis kosong (takde inti) lebih sedap dimakan dengan kari daging atau rendang. Waktu hari raya kita selalu hidangkan kelupis ni bersama daging rendang, sebagai ganti ketupat.
KELUPIS (PULUT BUNGKUS)
Bahan-bahannya:
300gram beras pulut - dibersihkan dan ditoskan
300 gram santan - tidak pekat dan tidak cair
2 helai daun pandan
sedikit garam
daun nyirik secukupnya (kak tak tau lak kat msia apa nama daun nyirik tu)
Cara membuatnya:
Masukkan santan dan daun pandan dalam kuali dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan mula naik minyak. Bila nampak minyak mula timbul dipermukaan santan, baru masukkan beras pulut dan garam. Kacau hingga separuh masak dan santan pun kering. Angkat. Masukkan dalam daun nyirik anggaran 2 sudu makan. Kemaskan, bungkus elok-elok. Buatlah hingga habis. Kukuslah hingga kelupis masak kira-kira 1/2 jam.
Nota kaki: Kelupis ni pun boleh ditaruh inti udang/daging/ayam/kelapa. Terpulanglah pada kehendak masing-masing. Sekarang ni, kelupis ni telah divariasikan cara membungkusnya. Kita boleh gunakan daun palas (orang brunei kata 'daun silat') atau daun pandan wangi yang dilipat empat segi bujur selain dari daun nyirik. Tapi istimewanya, daun nyirik ni akan menimbulkan bau wangi apabila kelupis sudah masak.
Ada satu lagi variasi kelupis ni. Kalau malas nak bungkus dengan daun. Kita masukkan je dalam acuan yang dialas kertas minyak terlebih dulu. Ratakan, taruh inti diatasnya, dan tutupkan lagi dengan adunan kelupis tu. Jadi macam sandwich lah. Ambil 2 biji telur, pukul sekejap. Tuangkan diatas adunan tadi. Bakar hingga masak. Pasti...........ada umphhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!
Satu lagi..........kak minta maaf sebab takde gambar heheehhe!!!! selamat mencuba....
[UnQuote]
Resepi 2 dan 3
[Quote]
Dibawah ni ada 2 resepi masakan yang biasa Kak Dee masak dirumah. Bahan-bahan yang ringkas tapi sedap. Resepi ni Kak dah postkan ke laman 'mealtimemenus'...Maaf kak takde gambarnye...
AYAM BARBEQUE
1 kg kepak ayam
2 sudu makan jintan manis
3 sudu makan kicap pekat manis
1/2 botol madu
1/2 botol sos barbeque (terdapat banyak jenis dikedai, tapi rasa yang paling sedap ialah 'hickory smoke')
garam, perasa..
1 inci halia, 3 batang serai - kedua-duanya dikisar halus
Caranya:
Gaulkan kesemua sekali bahan-bahan di atas kecuali ayam. Bila dah bergaul rata, masukkan ayam. Perap ayam semalaman. Panggang diatas api sederhana, jgn terlalu kuat apinya nanti hangus diluar, isi tak masak lagi. Semasa memanggang tu sentiasa sapukan ayam dengan campuran madu dan minyak supaya nampak berkilat dan menyelerakan. (minyak boleh digantikan dgn minyak sapi).
Note: Lebih lama kita perap ayam ni, rasanya lebih sedap sebab segala campuran bahan tu tadi meresap kedalam daging ayam.
Sambal Sotong Permata
Bahan-bahannya:
1 tin besar sotong dalam tin (toskan, buang airnya, potong kecil-kecil)
3 sudu makan lada kisar - boleh ditambah
1 labu bawang bombay
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit air asam jawa
garam, perasa, gula melaka
sayur campur
sedikit hirisan kapsikum (merah, kuning, hijau) - potong dadu
sedikit minyak untuk menumis
bawang goreng dan daun bawang untuk tabur
Cara memasaknya:
Bawang bombay dipotong bulat. Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar halus. Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana. Bila panas, tumiskan bahan kisar tadi, masukkan lada kisar. Tumislah hingga naik bau dan agak kering, baru masukkan garam, perasa dan gula melaka. Tumis lagi hingga naik minyak..Masukkan sayur campur, sotong, dan kapsikum serta bawang bombay dan sedikit air asam jawa tadi. Gaul lah hingga semua bahan bercampur rata. Tutup api dan hidangkan. Tabur bawang goreng dan daun bawang diatasnya sebagai penambat rasa.
p/s: bagi yang suka menggunakan sotong basah, rebus sotong terlebih dahulu. Rebus sekejap saja, jangan terlalu lama. Toskan dan campurkan dalam masakan. Sotong kering pulak, rendam sotong , toskan dan hiris kecil-kecil..Selamat mencuba...
[UnQuote]
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment