Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Lama juga Chetam tak hantar posting. Suami Chetam buat masa ini berada di Medan dan InsyaAllah, hari rabu ini akan berangkat ke Kota Suci Makkah bagi menunaikan Fardhu Haji.
Chetam dan Chenul tinggal berdua saja. Alhamdullilah Chenul sihat walaupun Buya tak ada di depan mata. Pada mulanya Chetam memang risau sebab semenjak Chenul di dalam pantang, Buya yang menjaga Chenul. Rasanya Chenul faham situasi yang berlaku...walaupun baru 1 tahun 8 bulan, langsung tak bertanya mana Buya tapi kalau Buya talipon....memang melonjak dia. Siap nyanyi lagu Twinkle...Twinkle Little Star.
Sebelum Buya berangkat, Chetam ada buat kenduri sikit dan banyak juga resepi yang Chetam cuba. Chetam masak Nasi Ayam Diana buat kali ke 3 bersama ngan sayur Cin Cai. Kalau resepi yang Diana beri ialah sayur Chap Chai tapi Chetam main hentam je ramuannya. Sebab tu nama Cin Cai. Chetam masak kek Coklat Badariah, Trifle Kak Liza, Ikan masak sambal (pedas giler - resepi hentam sendiri). Chetam juga buat air yang diadaptasi dari resepi Misleha - Air Saja Saja. Diadaptasi kerana Chetam tak ikut bulat2 resepi Misleha........nanti Chetam akan beri resepi Misleha dan juga yang dah Chetam ubahsuai. Tapi air ni memang power.......sedap dan banyak bahan yang Chetam guna.
Sebelum kenduri tu, Chetam buat jamuan sikit untuk kakak, abang dan anak sedara Chetam. Tujuan utama adalah untuk buat eksperimen beberapa resepi. Sekali Chetam masak Nasi Ayam Diana(kali ke 2), Mac n Cheese resepi dari Puteri Dee(ResepiNet), Kek Karot Kukus dari Kak Liza. Gambar ada dalam HP anak sedara, sampai sekarang dia belum emailkan.
Selepas kenduri untuk Buya, Chetam sempat siapkan 4 kek untuk ole-ole keluarga mertua di Medan. Chetam buat Kek Buah Kukus Halimah(dah 3 kali), Kek Coklat Kukus Badariah(dah 3 kali), Kek Kukus Kurma(diadaptasi dari Kek Kukus Prune Leen) dan Kek Karot Kukus Kak Liza tanpa topping.
InsyaAllah, next postings....Chetam akan tampilkan resepi2 di atas yang belum Chetam paparkan dalam Teratak Chetam.
Pengakhir Kata...........harapan Chetam agar pengunjung Teratak Chetam dapat doakan agar perjalanan Haji Buya diberkati Allah semoga beroleh HAJI MABRUR dan Chenul akan sentiasa dilindungi kesihatannya oleh ALLAH SWT.
Chetam
p/s : Selepas memasak untuk kenduri tu, Chetam sakit pinggang, lutut dan kaki. Sebab tu cuti sakit pada isnin dan selasa. Hari rabu tu cuti sebab hantar Buya ke KLIA.
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment