Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


November 22, 2005

Koleksi resepi dari Puan Halimah Anang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam nak kongsi resepi yang disumbangkan oleh Puan Halimah Anang dari ResepiNet. Kalau tengok gambar-gambar yang beliau berikan, memang boleh kecur air liur. Puan Halimah berasal dari Kota Singapura dan memang mahir memasak semenjak dari anak dara. Beliau telah banyak berkongsi resepi kek, biskut, kuih muih yang diambil dari peti besi beliau sendiri dengan ahli-ahli ResepiNet. Chetam dah cuba salah satu Kek Kukus beliau iaitu Kek Kukus Buah-Buahan.


CREAM PUFF

8 ozs mentega
8 ozs tepong gandum
2 tsp baking powder
16 ozs air sejuk
7 biji telor ayam
sedikit vanilla essence

Intinya:
8 ½ sudu makan penuh custard (Bird's Custard)
200 gm gula pasir
1 biji telor ayam (optional)
8 sudu sudu pekat
1 tin susu cair
2 tin susu air sejuk
sedikit essence vanilla
(Masukkan semua di dalam periuk dan kacau jangan sampai bergentel, dimasak diatas api perlahan supaya tidak hangus, sentiasa dikacau hingga pekat)

Peraturannya:
Air dimasak hingga mendidih, kemudian masukkan mentega biarkan hingga cair dan mendidih sekali lagi, baru masukkan tepung gandum dan dikacau kuat-kuat. Kemudian diangkat dan disejukkan. Setelah sejuk sedikit masukkan telor yang sudah dipukul kembang dan dikacau lagi hingga berkilat. Kemudian dimasukkan dalam piping bag dan dipicit diloyang dan bakar. Potong puff masukkan intinya.




KEK BUAH-BUAHAN
(Sumber : Puan Hajah Zainab Khamis)

8 biji telur ayam - asingkan putihnya
340 g mentega
340 gm gula halus
425 g self raising flour
340 gm kismis kuning
340 gm kismis hitam yang kasar
170 gm ceri merah - belah dua
170 gm kulit limau
2 sudu teh esen oren

Peraturannya:
1. Cuci buah-buahan yang disenaraikan di atas dan tuskan selama 10 jam.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan kuning telur sebiji-biji hingga habis, pukul sehingga pekat.
4. Masukkan tepung, kacau rata.
5. Masukkan buah-buahan, gaul hingga rata ketepikan.
6. Pukul putih telur hingga kembang dan pekat.
7. Masukkan putih telur yang tlah dipukul tadi ke dalam adunan buah-buahan dan masukkan esen oren dan kacau rata.
8. Masukkan ke dalam acuan 10" x 10" yang telah disapu dengan mentega dan bakar di dalam oven yang dengan kepanasan 160c.


Nota kaki Puan Halimah : Kalau buat kek ni Kak limah selalu gunakan 500 gm butter kerana kak limah sukakan kek buah yang moist dan untuk mengelakkan buah-buahan daripada tenggelam kak limah campurkan semua buah-buahan dan semua tepung dan gaul rata sebelum dimasukkan ke dalam adunan, kerana kak limah kerap juga mengalami buahan mendak ke bawah walaupun telah digaul dengan sedikit tepung. Nampaknya cara ni berjaya untuk menyebarkan buah-buahan keseluruh kek.


KEK BUTTER MELLA
(Sumber : Puan Hajah Zainab Khamis)

250 gm mentega
180 gm gula halus
100 gm tepung mella sand biscuit
100 gm tepung hongkong
75 gm tepung jagung
8 biji telur ayam
1 sudu teh warna kuning
1/2 sudu teh vanilla

Peraturannya
1. Mentega dipukul hingga putih. Ketepikan.
2. Satukan gula, tepung mella, tepung hongkong, tepung jagung dan telur, lalu dipukul hingga rata.
3. Masukkan vanilla dan warna kuning, pukul lagi hingga pekat.
4. Masukkan mentega yang telah dipukul tadi, kacau rata.
5. Masukkan dalam acuan 9' X 9" yang telah disapu dengan mentega lalu dibakar dioven 180C. Sejukkan sebelum dipotong.


Nota kaki Puan Halimah : Kek ni belum pernah dicuba, kalau ada sesiapa yang dah cuba tolong bagi feedback.
Nota kaki Chetam : Ada dari ResepiNet yang bertanya tentang tepung mella sand biscuit. Puan Halimah bagitahu yg biskut mella ni boleh didapati di pasaraya tapi sekiranya tak jumpa boleh digantikan dengan biskut MARIE yang ditumbuk halus.


KEK BUTTER TEPUNG OPTIMA

Bahan-bahan A
300 gm mentega
2 sudu makan susu pekat
2 sudu teh kulit limau sunkist - diparut
1 sudu teh air esen oren
1 sudu teh garam

Peraturannya
Semua bahan-bahan A dipukul sehingga putih.

Bahan-bahan B
7 biji telur
500 gm tepung optima
150 cc air
1 sudu makan ovalette
30 gm tepung hongkong )campurkan menjadi
30 gm tepung susu )satu
Sedikit warna kuning dan badam yang dihiris untuk ditaburkan di atas kek.

Peraturannya:
1. Pukul telur, ovalette, tepung optima dan air sehingga pekat.
2. Masukkan tepung hongkong, tepung susu dan warna kuning dan pukul selama satu minit.
3. Masukkan adunan (A) dan kacau rata.
4. Tuangkan adunan ini ke dalam acuan roti dan taburkan badam yang telah dihiris di atasnya rata-rata.
5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan 160c.



KEK LAPIS AISKRIM ANIKA RASA
(Sumber : Cikgu Zainab Khamis)

30 biji kuning telur (8 biji putihnya)
600 gm mentega
410 gm gula halus
330 gm tepung self-raising
4 sudu makan susu pekat

peraturannya
1. Pukul mentega dan susu hingga putih. Ketepikan
2. Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula seidkit-sedikit hingga habis.
3. masukkan kuning telur dan pukul hingga pekat.
4. Masukkan mentega, kacau hingga rata
5. Akhir sekali masukkan tepung, kacau rata.
6. Bahagikan adunan ini kepada 5 bahagian.

Campuran adalah seperti di bawah:
(a) Campurkan:
100 gm aiskrim vanila
40 gm tepung asikrim vanilla

(b) Campurkan:
100 gm aiskrim vanilla
40 gm tepung aiskrim
1/2 sudu teh esen oren
1 sudu teh pewarna oren

(c) Campurkan:
100 gm aiskrim vanilla
40 gm tepung aiskrim
1/2 sudu teh esen pisang
1 sudu teh warna hijau

(d) campurkan:
100 gm aiskrim strawberry
40 gm tepung aiskrim
1/2 sudu teh esen strawberry
1/2 sudu teh pewarna merah jambu

(e) Campurkan:
100 gm aiskrim chocolat
40 gm tepung aiskrim
1 sudu teh pewarna choklat

1. Gunakan acuan 10" x 10" x 3" yang telah disapu dengan mentega.
2. Bakar selapis-selapais (satu lapis dua senduk) di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu 160C grill sehingga habis.


Nota kaki Puan Halimah : Kek ini leceh sedikit dan banyak belanjanya tapi rasanya emmmmm sedap. Kek ni berbeza dengan kek ice cream yang lain kerana disamping menggunakan tepong ice cream ia juga menggunakan ice berbagai flavour, itu yang membuat rasanya sangat enak. Masa mengadun harus hati-hati tak boleh banyak sangat kacau kerana adunan mudah menjadi cair dan akan menyebabkan kek bantat.

Percubaan pertama kek kak limah bantat, percubaan kedua alhamdulillah berjaya.



KEK LAPIS BUAH SAMOLINA
(Sumber : Puan Zainab Khamis)

20 biji kuning telur (6 putihnya)
500 gm butter
260 gm gula halus - dibahagi 2 bahagian
160 gm top flour atau plain flour
50 gm tepung susu
250 gm samolina
200 gm ceri mrah dan hijau - dihris halus
200 gm kismis kuning - dihiris halus
1 sudu makan ovalette
3 sudu makan susu pekat
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh baking powder.

Peraturannya1. Pukul mentega dan satu bahagian gula hingga kembang.
2. Masukkan samolina, pukul sebentar, lalu diperap selama 3 jam.
3. Pukul kuning dan putih telur bersama sebahagian lagi daripada gula hingga kembang.
4. Masukkan ovalette, pukul hingga rata.
5. Masukkan top flour, tepong susu dan baking powder, kacau rata.
6. Masukkan mentega dan susu pekat, kacau rata.
7. Gunakan loyang 9" x 9" yang telah disapu dengan mentega
8. Bakar selepas-selapis pada tiap tiap lapis taburkan buah-buahan hiris.
9. Gunakan api atas 160C.


Nota kaki Puan Halimah : Kek ni kak limah try pada hari raya haji yang lalu, kek ni sedap dan rasa lemak tapi harus disapu lebih sedikit butter disetiap lapisan jika tidak ia kering dan kurang enak. Oleh kerana anak-anak tak berapa menggemari mixed fruits, kak limah gantikan dengan badam hiris.

Untuk mencepatkan proses pembuatannya kak limah pukul mentega dan gula untuk diperapkan bersama samolina disebelah malam dan pada esok paginya samolina telah sebati dan cukup kembang untuk diproses selanjutnya.

Masih kak limah ingat lagi mak cik berbisik minta dipotongkan sedikit untuk dibawa pulang kemudian keesokan harinya telepon minta tolong buatkan pulak.




KEK LAPIS EVERGREEN
(Sumber : Puan Zainab Khamis)

(Bahan-bahan A)
20 biji kuning telur (2 putihnya)
225 gm gula halus
110 gm tepong hongkong
10 gm tepong jagung
175 gm mentega - dicairkan
1 sudu makan pati air pandan (daun pandan diblend dengan sedikit air)
1 sudu makan ovalette
sedikit chocolat emulco

Peraturannya
1. Pukul kesemua bahan-bahan di atas (melainkan mentega) hingga pekat.
2. Masukkan mentega, kacau rata.
3. Asingkan satu senduk daripada adunan ini dan campurkan dengan chocolat emulco.
4. Bahagikan adunan yang selebihnya kepada 3 bahagian.
5. Masukkan adunan yang telah dicampur dengan chocolat emulco tadi ke dalam kelongsong kertas dan corakkan diatas salah satu daripada loyang.
6. Bakar di dalam tiga loyang 10" x 10" x 1/2" yang telah disapu dengan mentega dan bakar dioven yang telah dipanaskan 180C hingga masak.

(Bahan-bahan B)
1 biji kuning telur
1 sudu teh air pandan
400 cc air
50 cc susu cair
50 gm gula pasir
20 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung

Peraturannya:
1. Satukan kesemua bahan-bahan di atas, masak hingga pekat.
2. Sapukan di atas kek yang telah disejukkan.
3. Lapiskan kek tersebut supaya menjadi tiga lapis.




KEK LAPIS PANDAN WANGI
(Sumber : Cikgu Zainab Khamis)

20 biji kuning telur (8 putihnya)
250 gm mentega
80 gm majerin
370 gm gula halus
100 gm tepong hongkong
20 gm tepung susu
4 sudu makan air pandan (4 helai daun padan blend dengan sedikit air)
2 sudu makan coconut pandan (esen)
2 sudu makan susu pekat
1 sudu makan TBM
Sedikit pewarna hijau dan kuning

Peraturannya:
1. Pukul mentega, majerin dan susu pekat hingga putih. Ketepikan
2. Pukul kuning telur, putih telur dan gula hingga kembang. Masukkan TBM, pukul lagi hingga pekat.
3. Masukkan mentega yang telah dipukul tadi bersama air pandan dan kacau rata.
4. Masukkan tepung hongkong dan tepung susu, kacau rata.
5. Bahagikan adunan ini kepada dua bahagian. campurkan satu bahagian dengan pewarna kuning dan coconut pandan esen dan sebahgian lagi dengan pewarna hijau dan air pandan.
6. Gunakan loyang 9" x 9" x 3" yang telah disapu dengan mentega dan bakar selapis demi selapis berselang-selang hingga habis. Gunakan oven 160C grill.

Nota Kaki Puan Halimah : Kalau tak ada TBM boleh gantikan dengan pemantap kueh yang lain seperti ovalette, jilk, atau quick 75


KEK ZEBRA
(Sumber : Puan Hajah Zainab Khamis)

750 c putih telur
310 gm mentega
450 gm gula halus
340 gm tepong hongkong
4 sudu makan susu pekat
1 sudu makan rempah kueh
1 sudu makan koko
1 sudu teh cream of tartar

Peraturannya:
1. Pukul mentega bersama susu hingga putih. Ketepikan.
2. Pukul putih telur bersama cream of tartar hingga kembang.
3. Masukkan gula sedikit-sedikit hingga habis dan pukul hingga pekat.
4. Masukkan mentega yang telah dipukul tadi kacau hingga sebati.
5. Masukkan tepung sedikit-sedikit hingga habis dan kacau rata.
6. Adunan ni dibahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan koko dan rempah kueh dan satu bahagian lagi dibiarkan begitu sahaja.
7. Susunkan kedua-dua adunan ini berselang-selang hingga habis.
8. Bakar di dalam loyang bulat 10" yang telah dilengser dengan kepanasan 180c.




KEK LAPIS NONA GELATIK
(Sumber : Puan Zainab Khamis)

Bahan-bahannya
25 biji telur (3 putihnya)
250 gm gula halus
100 gm tepong hongkong
50 gm tepung pulut
300 gm mentega
4 sudu makan susu pekat
1 sudu teh vanilla
Sedikit warna oren, hijau dan kuning

Peraturannya:
1. Pukul mentega, susu dan vanilla hingga putih. Ketepikan.
2. Pukul kuning telur, putih telur dan gula hingga pekat.
3. Masukkan mentega yang telah dipukul tadi, kacau rata-rata.
4. Masukkan tepung pulut dan tepung hongkong, kacau rata.
5. Bahagikan adunan ni kepada 3 bahagian, warnakan oren, hijau dan kuning. 6. Gunakan acuan 10" x 7 " yang telah disapu dengan mentega untuk membakar.
7. Bakar selaplis-lapis (satu warna lima lapis dan bakar hingga habis dengan kepanasan 160C.

Nota Kaki Puan Halimah : Walaupun kek ni menggunakan tepong pulut tapi dari segi rasa tak banyak bezanya dengan kek-kek yang lain. Seperti biasanya kak limah jarang menyimpan tepong hongkong jadi digantikan dengan plain flour dan dicampurkan dengan 2 sudu teh baking powder. Pada masa nak buat tu telur pulak tinggal 20 biji (jadi kak limah gunakan 20 kuning telur dan 3 putihnya).

No comments:

Post a Comment