Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
September 30, 2005
CHOCOLATE TRUFFLES sumbangan Diana ResepiNet
Coklat buatan sendiri 3
Bahan-bahannya
80 gram whipped cream
200 gram dark chocolate, dipotong kecil
20 gram mentega lembut
serbuk koko
Cara-caranya
1. Didihkan whipped cream dan masukkan coklat. Kacau hingga sebati. Ketepikan ia hingga sejuk selama 10 minit.
2. Masukkan mentega lembut dan gaul sebati. Biarkan ia sejuk. Simpan dalam peti sejuk sehingga ia keras.
3. Keluarkan dari peti sejuk. Gaul adunan hingga lembut dan letakkan dalam beg piping. Paip keatas kertas kuih. Simpan didalam peti sejuk sehingga ia keras dan bentukkan menjadi bebola.
4. Sadurkan bebela coklat dengan serbuk koko dan letakkan kedalam mangkuk kertas yang kecil, simpan di tempat dingin yang bersuhu 20 darjah C.
Nota: Gunakan milk chocolate jika mahu sebab anak-anak mungkin tidak suka dark chocolate sebab rasanya tak berapa manis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment