Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Jadual Kelas Bulan Mei 2013

Boleh pilih sebarang tarikh untuk bulan Mei 2013.

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Confirmed : 12 Mei utk kelas personal dengan Puan Farah - Kelas Tartlet dan Kelas Asas Deco Cupcakes - DONE

Confirmed : 8 Jun kelas personal utk Homemade Chocolates dengan Amira

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


Untuk setiap kelas personal yang dibook, anda perlu bank in deposit RM100 utk kelas yang yuran melebihi RM200 dan rm50 utk yuran yang melebihi rm100. Sila buat tempahan dengan email chetam1@gmail.com atau sms 010-7850314

Boleh request sebarang tarikh kecuali hari Selasa, Chetam cuma free si sebelah petang. Modul mengikut keperluan anda.

Module yang anda boleh gabung dalam satu hari untuk kelas personal. Anda sendiri yang tetapkan tarikh yang sesuai.

Module 1
Kelas Kek Coklat Moist Versi Bakar(siap ganache dan hiasan) dan Kukus(dengan topping mudah) serta Brownies mudah - Yuran RM200


Module 2

Kelas Aneka Tartlets - Cheese Tart, Fruit Tart, Walnut Tart, Egg Tart - Yuran RM160

Module 3
Aneka Chaox Pastry - Cream Puff, Enclairs, Snowy Swan, Fruit/Tuna Basket
- Yuran RM160

Module 4
Kelas Puding dalam Loyang
- Yuran RM160

Module 5
Kelas Puding dalam Bekas Mini - Yuran RM160

Module 6
Kelas Bakul Pastri dan Tart Buah - Yuran RM250


Module 7
Kelas Asas Aneka Coklat - Yuran RM230

Module 8
Kelas Kek Red Velvet - Belajar 2 resepi berbeza - kek dan cuppies
Yuran - RM200

Module 9
Kelas Kuih Talam
Hands On 4 Resepi - Yuran RM160
Hands On 5 Resepi - Yuran RM180

Module 10
Kelas Aneka Kek Komersial - Kek Sponge, Kek Butter, Kek Coklat, Kek Lapis
Pandan , Kek Chiffon. Yuran - RM300

Module 11
Kelas Aneka Kek Keju Mudah - Kek Snowy Cheese, Kek Keju Bost(yg lain akan update)


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.

October 26, 2004

Trifle yang memang best



Assalamualaikum. Berjumpa lagi kita. Hari ni Chetam nak beri satu lagi resepi puding yang sememangnya best. Dah banyak kali cuba. Resepi Trifle ni ada 3 lapisan. Pertama kek, kedua kastad dan ketiganya agar-agar.

Sekiranya anda pernah pegi Mydin(kedai borong tu), depa ada jual kek gulung pandan. Chetam selalu guna kek gulung ni......keknya memang sedap dan amat murah. Harganya baru RM2.95 sahaja. Amat sesuai digunakan sebagai lapisan pertama.

Trifle

1 gulung swiss roll / kek coklat / kek buah
1 tin fruit coktail
1 gelas susu cair
2 gelas air
1 sudu esen vanilla
3 sudu makan tepung kastad
2 – 3 sudu makan gula
1 kotal serbuk jeli berperisa strawberry

Caranya
1. Potong ke 1” dan susun dalam mangkuk besar
2. Tapiskan buah-buahan daripada airnya. Jiruskan air buah ke atas kek.
3. Lepas iru taburkan pula ½ tin buah-buahan ke atas kek tadi.

Cara membuat kastard :-
1. Campurkan tepung kastard, bula, susu cair, air, esen vanilla. Kacau di atas api yang kecil hingga bahan ini cukup masak dan berkilat.
2. Kemudian curahkan adunan kastard tadi ke dalam mangkuk kek dan taburkan pula ½ tin lagi baki buah dalam tin tadi ke atas kastard dan biarkan ia beku sedikit.

Cara membuat Jeli (Yang paling elok, Jelly Crystall Lady's Choice) :-
Tuangkan 2 cawan air mendidih ke dalam serbuk jeli dan kacau supaya tidak berketul. Akhir sekali tuangkan jeli ke atas kastard dan sejukkan………

12 comments:

  1. tanya sket..ni wat utk sukatan bekas besar mana yer??
    nak cuba..tapi tak tau untuk bekas besar mana yg awak guna..

    ReplyDelete
  2. bekas bulat plastik yang macam bubuh dadih tapi saiz besar tu boleh digunakan....

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:29 pm

    salam chetam, saiz ketebalan kek untuk membuat triffle tu berapa ye? kalau 1 inci ketebalan , boleh ke? tq

    ReplyDelete
  4. Waaalaikumsalam...tak kisah ketebalan kek. chetam kalu malas, kek yang london roll yang Erra jadi duta dulu tu chetam guna

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:36 pm

    kak , boleh ke guna agar2 yg bukan serbuk tu , agar2 keras macam plastik tu , agar2 apa ntah nama dia , hehe , boleh ka ?

    ReplyDelete
  6. boleh tapi lagi senang beli je jelly yang jenama Nona tu....just campur ngan air panas

    ReplyDelete
  7. akak nanti upload lah gambar kalau buat lagi ye. cam best je. huhu

    ReplyDelete
  8. farah5:31 pm

    salam....nk tnya..susu+air n tepung kastard d kacau skali atas dapur kan..tapi knp ek sy try buat,adunan sy jadi berketul2. xjadi cair sperti yg dimaksudkan? btol ke ape yg sy buat ni..???confiuss

    ReplyDelete
  9. Waalaikumsalam......kacau pakai whisk.....kena sentiasa kacau...kalau tak mmg berketul....

    ReplyDelete
  10. farah_penambahan: tpung kastard 2 bncuh dlu ngn air biasa sblm curahkn dlm kuali...klu x nt die jd bketul2 n ssah nk msak smpurna...

    ReplyDelete
  11. Salam chetam kenapa sos kastard saya jadi cair masa nak makan. Apa yg x kena.

    ReplyDelete
  12. Salam chetam kenapa sos kastad saya jadi cair masa nak makan

    ReplyDelete