Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


October 01, 2017

Kek Coklat Lava

hari ni chetam buat kek coklat lava guna resepi dari blog https://daridapur.com/mudahnya-resepi-kek-coklat-lava/
blum potong lagi. lava tu chetam tambah nutella. ohsem....hehehe...

Kalau dh pegi blog daridapur.com tu, resepi yg diberi tu utk kek yang kecil je. Sangat mudah kalau ikut cara tuan punya blog tu bancuh kek tu. Dia masukkan semua bahan termasuk tepung ke dalam blender. Dah blend, trus masuk loyang. Senang sesangat. Oleh sebab Chetam buat sekali 5 bancuhan, memang tak muat masuk blender. So Chetam cuma blend telur, gula, susu cair (dlm resepi susu segar) dan susu pekat. Tepung, serbuk koko, soda bikabonat chetam masukkan dalam mangkuk. Guna whisk, chetam tuang adunan yang dah dilend sikit demi sikit sambil kacau guna whisk.Dah sebati baru masuk minyak.

Kalau ikut resepi dlm blog tu, tak de pun bubuh baking powder tapi Chetam tambah sikit. Nak resepi lengkap, klik link atas yer. Chetam malam nak taip. Tuan punya blog dah block right click.....so tak leh copy & paste.

kek saiz 6 inci. nak rasa? kena la tempah dr chetam. yg ni dah ada tuan. ada seketui yg saiz 8 inci utk chenul bw sekolah nanti. bg kengkawan dia rasa. chenul bgtau kengkawan dia puji ummi chenul pandai buat semua. tapi chenul ckp ada 1 benda je ummi dia tak pandai buat......KARI.... kureng assem btul.

Ok....cuba jangan tak cuba. Tak de masa nak buat sendiri, boleh je wassup 011 27046007 utk tempah. Sebiji saiz 6 inci hanya RM10.





3 comments: