Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


August 12, 2010

Resepi Istimewa Biskut Raya Ita Delights

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia dan selamat menjalani ibadah puasa.

Maaf sebab dah lama tak letak resepi di Teratak Chetam disebabkan Chetam sekarang jarang memasak. Buya yang semakin rajin mencuba resepi sekarang.

Di bawah ni ada beberapa resepi biskut raya yang disumbangkan oleh Puan Rozita dari Ita Delights. Chetam dah minta kebenaran dari beliau untuk memaparkan resepi biskut ni di Teratak Chetam. Anggap sahaja resepi-resepi ini merupakan sedekah Puan Rozita sempena bulan mulia bulan Ramadhan.

Jika berminat untuk mendapatkan lebih banyak resepi beliau, anda boleh menjadi ahli Fan Club di Facebook. Berikut adalah linknya : http://www.facebook.com/pages/Itas-Delight/141722465855813?ref=ts&v=wallan

Sekian Terima Kasih
Chetam

SWEET SUNRISE SUNSET COOKIES

A.

300 Gm Butter
40 Gm Shortening
2 Biji Kuning Telur
80 Gm Gula Kastor
2 Steh Esen Vanilla


B.

360 Gm Tepung Gandum
120 Gm Tepung Jagung
2 Sbesar Tepung Honkwee
½ Steh Soda Bicarbonate
40 Gm Tepung Kastad
80 Gm Colour Rice
40 Gm Chocoalte Rice

Hiasan: Kuning Telur, Kuaci Melon, Jumbo Love

1. Panaskan oven 150c.
2. Putar Bahan A sehingga sebati.
3. Masukkan semua bahan B kedalam adunan butter dan gaul sebati.
4. Canai dan terap doh dengan penerap biskut.
5. Susun biskut didalam dulang pembakar. Sapu kuning telur dan hiaskan dengan
Kuaci melon dan Jumbo love.
6. Bakar selama 30 minit.

SWEET PANDAN

A.

200 Gm Butter
40 Gm Shortening
1 Biji Kuning Telur
180 Gm Gula Kastor
½ Steh Garam
½ Steh Pandan Paste
¼ Steh Pewarna Hijau Epal

B.
.
280 Gm Tepung Naik Sendiri
50 Gm Tepung Jagung
50 Gm Tepung Hongkwee
3 Sbesar Horlick
50 Gm Kelapa Kering (Kisar Halus)

Hiasan: Kuning Telur (Sapu)
Kuaci Hijau
Gula warna hijau

1. Panaskan oven 150C
2. Sebatikan semua bahan A.
3. Masukkan bahan B, gaul rata.
4. Canai dan terap.
5. Sapukan dengan kuning telur, aturkan kuaci dan tabor dengan
Guna hiasan bewarna hijau

STRAWBERRY LOVELY

A.

250 Gm Butter
100 Gm Gula Kastor
2 Biji Kuning Telur
1 Steh Strawberry Paste
1 Steh Pewarna Merah

B.

20 Gm Tepung Kastad
40 Gm Tepung Jagung
350 Gm Tepung Gandum
30 Gm Tepung Beras
¼ Steh Emplex
30 Gm Susu Tepung

Hiasan: White Chocolate, Kelapa Kering, Jumbo Love

1. Panaskan oven 150c
2. Putar bahan A hingga sebati.
3. Masukkan semua bahan B kedalam adunan A dan gaul menjadi doh yang lembut.
4. Canai dan terap doh dengan penerap biskut.
5. Susun biskut didalam dulang pembakar.
6. Bakar pada suhu 150c selama 30 minit.
7. Biarkan biskut sejuk. Apabila sejuk celupkan permukaan biskut dengan coklat putih dan taburkan dengan kelapa kering.
8. Letakkan jumbo love di tengahnya.

CRISPY HAZEL COOKIES

A.

200 Gm Butter
2 Sbesar Madu
100 Gm Peanut Butter/Strawberry
2 Steh Esen Vanilla
120 Gm Gula Kastor

B.

4 Sbesar Kacang Hazelnut, Bakar dan Kisar
2 Sbesar Kacang Makadamia, Bakar dan Kisar
4 Sbesar Susu Tepung
400 Gm Tepung Gandum

Hiasan:
Kuning Telur, White Choc Chip, Kacang Hazel
Chocolate Strawberry

1. Panaskan oven 150c
2. Sebatikan semua bahan A
3. Masukkan semua bahan B dan uli menjadi doh yang lembut.
4. Canai dan terap. Hiaskan. Bakar.
5. Dah sejuk. Hiaskan dengan chocolate strawberry.

CAPPUCINO DIAMOND

A.

200 Gm Butter
80 Gm Gula Kastor
1 Steh Golden Syrup
1 Biji Kuning Telur

B.

1 Sbesar Instant Cappucino
2 Sbesar Coffeemate
1 Sbesar Milo

C.

10 Gm Serbuk Koko
30 Gm Tepung Jagung
270 Gm Tepung Gandum

Hiasan:
Kuning Telur, Chocolate Rice dan White Chocolate

1. Panaskan Oven 150c
2. Sebatikan semua bahan A.
3. Masukkan Bahan B, C dan gaul menjadi doh yang lembut.
4. Canai dan Terap. Atur dalam dulang pembakar.
5. Sapu kuning telur dan taburkan dengan Chocolate rice dan bakar selama 30 minit.
6. Hiaskan dengan White chocolate.

2 comments:

  1. thanks.....so nice and enjoy with music

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nampak biskut2 tu....

    http://darwishtepungajaib.blogspot.com

    ReplyDelete