Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


November 23, 2009

Peraduan Cuba Teka - Apa ni?

1 Disember 2009
Assalamualaikum.....ada yang minta clue dari Chetam.

Makanan ni sebenarnya tak pernah pun Chetam jumpa di Malaysia. Chetam makan di Medan di rumah Emak Mertua Chetam. Nampak besar tapi sebenarnya kecil jer.....macam bungkusan gula-gula. Dah habis peraduan ni nanti, Chetam akan kongsi resepinya.

Hadiah menarik untuk dimenangi.....satu set hadiah istimewa terdiri dari Brooch Ekin, Sepasang cucuk tudung, Tabung Slim, Baju Hujan Ben10.....ada lagi.....kena tunggu Chetam cari dulu sebab simpan merata-rata. Tak janji tapi kalau jumpa, Chetam akan beg lipstik bercermin dan frame gambar disneyland yang Chetam beli dari Hong Kong akan turut diselitkan dalam hadiah tu nanti.

Hantar lagi tekaan anda.

Chetam
(P/S - kalau tak der pemenang, Chetam akan buat peraduan yang lain pula)

Buat pertama kali dalam sejarah, Teratak Chetam akan menganjurkan satu Peraduan Cuba Teka - Apa ni?

Lihat gambar di atas dan cuba teka apakah nama makanan tersebut.

Makanan ni dibuat sendiri oleh emak Buya di Medan dan akan dihidangkan setiap kali musim perayaan.

Hadiah peraduan akan diumumkan nanti.

Sila emailkan jawapan anda melalui email ke chetam1@gmail.com dan tarikh tutup adalah pada hari Jumaat, 11 Disember 2009. Keputusan akan diumumkan pada hari Ahad, 13 Disember 2009.

Jawapan setiap peserta akan dipaparkan di ruangan ini.

Sekian....Majulah Sukan untuk Negara.
Chetam

Jawapan yang diterima setakat ini:
1. Nurul Husna - Sagon
2. Rafidah Samsun - Biskut Milo
3. Ainaty Md. Yusof @ Watty - KACANG TANAH GORENG TUMBUK
4. Roses Alis - Sagun
5. Kak Yan - Sagun2
6. Sharmila Razak - Dodol
7. Norazian Mastor - Lempuk Durian
8. Suhaila - Sagon Kelapa
9. Siti Naizah - Lupa nama tapi isi kelapa kering yg dicampur gula/garam
10. Rohaida - Emping
11. Nurhaslindar - Sagun
12. Aisy Naziera - Nasi Kapit
13. Azlina Yusop - Burasak
14. Siti Zainab - Sagun @ Sesagon
15. Azizah Abd Aziz - Minta clue.....hehehe....nanti Chetam kasi
16. Zuwariah Hazemi - serunding ayam / daging
17. Delima Omar - Sagun
18. Siti Daharah - Sagon
19. Agos mn - Sagon

No comments:

Post a Comment