Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


August 12, 2009

Nak Tahu Apa Chetam Buat Semasa Balik Kampung?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Minggu lepas dari hari Khamis hingga Ahad, Chetam satu famili berada di Tepen. Chetam dan Chenul balik awal dengan bas pada malam Khamis sementara Buya balik petang Jumaat. Chetam balik awal sebab ada misi. Kakak Chetam, Kak Nah tugaskan Chetam untuk buat Wedding Cake untuk kenduri perkahwinan anak-anak teruna beliau. Dua orang serentak.....Chetam decided nak buat cupcakes. First time nak buat Wedding Cupcakes.

Buat 6 bancuhan Kek Coklat Kukus Badariah versi bakar. Kenapa 6 bancuhan.....hehehe...tepung coklat abis da....2 bancuhan pertama Chetam buat sendiri. Yang lainnya dibancuh oleh anak-anak sedara Chetam iaitu Aqilah, Nani, Bang Man, Biha dan tidak ketinggalan Chenul yang pada mulanya merajuk kerana tak dapat tolong pecahkan telur. Chetam tambah sedikit oren Sunquick dalam bancuhan kek tadi atas saranan Nini, student coklat Chetam. Memang klas!!!

Chetam lupa print resepi aising so versi kali ni versi hentam keromo....hehehe....Chetam guna sekilo krimwell, sekilo shortening dan dalam 8 cawan gula aising. Pukul both krimwell ngan shortening guna mixer letrik. Dah gebu, masukkan gula aising sikit2.

Hasilnya......

Kakak-kakak Chetam lepas gian pada kenduri kali ni since kenduri anak sedara yang sulung dulu mereka tak dapat nak menolong dek kerana dikuasai oleh pihak yang satu lagi.....hehehehe. Kak Tih masak bubur kacang hijau seperiuk besar dengan agar-agar merah. Kak Ti pula masak dadih jagung dan coklat. Kak Ani dan Abang Lang beli biskut, lolipop untuk dipek dalam plastik....ala-ala goody bags. Chetam buat wedding cupcakes dan mashmellow lolipop. Siap open table untuk letak dessert dan makanan ringan ni semua.

Yang kiri sekali tu Abang Chak....ruper dah sebijik macam Arwah Bapak. Yang baju biru tu Abang Chop.....penunggu setia bubur kacang hijau Kak Tih.....dia tukang cedok.
Tu semua anak-anak sedara Chetam. Sedang jaga dadih dan agar2. Kiri sekali tu Fizah anak Kak Nah, tuan rumah. Sebelah tu Asmeda. Yang kecil tu Shahir. Yang tudung putih tu Nani....alah yang Chetam pernah post tentang pembedahan tonsil. Sebelah tu Aishah.
Sebelah Nani tu Bang Man.....mereka berdua tolong Chetam bancuh adunan cupcakes. Nani dah pasang cita-cita tak bisnes kek bila besar. InsyaAllah boleh joint venture ngan Mak Tam tau....

No comments:

Post a Comment