Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


August 04, 2009

Kelas Coklat 2 Ogos 2009

Kesian ngan students kali ni.....Chetam dah flat sebab kelas sebelumnya habis lewat. Sebelah malam pegi kenduri tahlil. Balik terus masuk tidur. Tak sempat nak prepare apa-apa untuk juadah ringan. Terpaksa minta Buya belikan kuih muih.

Hanum datang dari Klang......sesat jugak....hehehehe...sampai Buya kena jemput di tepi jalan ngan motor

Nini dari Balakong tetapi pagi tu beliau datang lambat sikit sebab Pak Cik beliau telah meninggal dunia. Habis kelas terus balik kampung untuk ziarah parents.....nak kasi rasa coklat buatan tangan sendiri.....

Tersengih Noriza bila bergambar.....Al maklumlah....dapat banyak coklat. Orang Bandar Baru Bangi jer.....Kesian Noriza sebab stok coklat dah habis. Tak dapat la nak terus praktik di rumah. tapi tak per...Chetam akan sms Noriza bila Chetam nak order stok coklat

Hanum ngan anak dara beliau. Kelakar tengok anak Hanum dok komplen sebab Mashmellow Lolichoc yang mamanya buat meleleh coklatnya. Siap pesan lain kali buat elok-elok


Sedang buat Coklat Rose dengan teknik Marbling
Inilah hasilnya....bunga-bunga rose yang sedang mekar

No comments:

Post a Comment