Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Kelas Personal di Teratak Chetam

Anda tentukan tarikh kelas anda sendiri

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut. Sila rujuk modul kelas di ruangan sebelah kanan.


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.


August 14, 2009

H1N1 ALERT!

Virus H1N1

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Takut bila baca newspaper tentang korban jiwa akibat H1N1. Lebih ngeri apabila yang terkorban termasuk bayi dan anak kecil.

Chetam terima banyak petua-petua dalam bentuk email dan Chetam kongsikan petua-petua tersebut di Teratak Chetam. Harap kita dapat ambil ikhtibar dalam mencegah famili kita dari terkena H1N1.

Rata-rata yang terkena H1N1 ni kebanyakan orang Melayu sedangkan kita tak ada direct contact dengan sumber H1N1 ini. Jangan lupa yang manusia yang sebenarnya merupakan pembawa atau vektor kuman H1N1 ini. Sebab tu kita digalakkan supaya selalu membasuh tangan dan memakai topeng muka. Menurut emails yang Chetam terima, corak pemakanan orang Melayu yang menyebabkan kita terdedah kepada H1N1. Kita kurang makan sayur, kurang makan buah-buahan sebab tu badan kita senang terkena penyakit H1N1.

InsyaAllah Chetam akan update petua-petua ni dari masa ke semasa. Selain dari petua-petua ini, ada pihak yang mencadangkan produk-produk yang hangat di pasaran seperti Transfer Factor, Susu Alpha Lipid dan Minyak Kelapa Dara. Tepuk dada tanya selera....tapi sebenarnya....kena periksa kocek juga.

Ikhlas
Chetam

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Dari email Viruseinside

Utamakan buah2an tempatan seperti pisang..nenas...rambutan etc. Buah2an tempatan lebih banyak vitamin c dari oren dan epal. Untuk tambahan, makan minyak ikan (perisa oren...elok utk kanak2...depa suka) dan dapatkan vitamin C atau multivitamin.

Info daripada Kementerian Kesihatan KLIA.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

dari email Mimie

langkah bijak adalah n mencegah dr awal salah satunya amalkn petua2 yg dah ramai bagi kat setiap ruangan yg berkaitan H1N1 ni........contohnya dr seorg rakan email bagitau amalkn makan buah epal hijau n jus orange.....makan kurma yg di rendam dlm air kelapa....selagi ada ikhtiar dan berdoa insyaallah berhasil....

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

dari email muhammad nasir

Sharjah: Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan di China, minum air suam yang direbus dengan jintan manis pada pagi boleh mencegah selesema H1N1.
Menurut laporan dalam surat khabar harian bahasa Arab (Al Khaleej), kajian itu telah menyebabkan peningkatan jualan jintan manis di beberapa negara Asia sebanyak 50%.
Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir.
Minuman jintan manis juga diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah dan Madinah.

Nota kaki Chetam : banyak email yang Chetam terima berkenaan jintan manis ni

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

dari email fadli

kepada rakan2 sekalian, segala penyakit itu datang darinya untuk menguji hamba2nya
dan percayailah bahawa penawarnya juga datang dari padanya, amalkan 7 makanan yang di nyatakan dalam alquran sebagai makan terbaik dalam kehidupan, jgn lupa penawar segla penyakit iatu madu, buah tin, buah delima, zafran, kurma, buah zaitun sebagai ubat segala penyakit. kita berusaha cuma kita minta petunjuk dari allah yang punya dunia..semoga disembuhkan. amalkan selawat syifa sepanjang masa, dan doa mengelakkan penyakit merbahaya.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

dari email Lurve Angle

Salam Sahabat,
Pagi tadi sorang kawan yg da 3 ari demam pg Guardian farmasi nak beli mask..
Then pharmasist tu cakap, sebenarnya pkai mask not really effective..
Die syorkan makan Vitamin C..dan die suggest member nie beli Vitamin C Redoxon...
Macam soluble, kena masuk dalam air then minum..saya pun da cuba..not bad rasanya..macam air oren...
Die cadangkan makan sekali pagi dan sekali malam untuk tingkatkan imune system badan kita..
Ini ikhtiar kita..Semoga kita selamat dari penyakit berbahaya nie...Insyaallah...
~KaSeh SuCI~

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

dari email Suzi

Salam semua,

Saya ada menerima email mengenai juice apple hijau yang boleh prevent H1N1, alhamdulillah anak sulung saya demam teruk 3 hari lalu, saya bawa ke klinik ambil ubat dan selama 3 hari juga setiap kali waktu makan saya bagi juice apple hijau yang saya blend dengan madu. Alhamdulillah demam anak saya dah beransur pulih walaupun masih agak lemah..saya juga mengamalkan untuk seisi keluarga sebgai prevention.

Wassalam

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

dari email ina zaini

boleh amalkan jus2 yang mengandungi habbatus sauda,kurma,kismis,delima,buah tin,madu,halia,pegaga,halba...
Kita berpegang pada hadis yang dah tertulis "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda kerana ia adalah penawar segala penyakit kecuali MAUT"

Wassalam..

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

No comments:

Post a Comment