Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


July 29, 2009

Hadiah Untuk Yang Tersayang....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kalau anda sudah lama mengikuti perkembangan blog Teratak Chetam, mesti pernah membaca posting Chetam berkenaan Gerai Che Na dan Che Ju. Gerai mereka ni port Chetam lepak setiap malam apabila balik keje sementara menunggu Buya datang ambik. Kalau Buya datang lambat, lama la Chetam melepak di situ sambil menjamu selera.

Minggu lepas anak Che Na dari suami pertama melangsungkan perkahwinan di Selatan Thailand. Oh Ya.....Che Na ni orang sana. So Chetam macam anak ayam kehilangan ibu kerana gerai tu ditutup seminggu bagi membolehkan Che Na balik kampung untuk buat persiapan kenduri kendara. Che Ju pun ikut sama. Sebelum balik kampung, Che Na minta tolong Chetam buat hantaran kahwin untuk anak perempuannya yang suka warna pink. Mula-mula Che Na cakap nak cupcakes macam yang Chetam penah buat dulu....siap ngan hiasan bunga-bunga. Tetapi terpaksa Chetam tolak kerana takut tak tahan sebab Che Na balik sana hari Ahad dan kenduri pula pada hari Khamis. Lagipun mereka naik bas....takut tak sempat sampai, cupcakes tu rosak.

Fikir punya fikir......Chetam buat 2 hantaran istimewa untuk geng lepak Chetam tetapi hantaran tersebut tanpa patung beruang tu. Patung beruang saja nak cantikkan gambar...hehehe

Yang dalam kotak di atas merupakan Mashmellow yang dicelup dengan coklat compound dan ditabur dengan hiasan warna warna. Diletakkan dalam kotak yang siap diletakkan petak-petak warna keemasan. Kemudiannya diikat dengan reben warna pink.


Yang di atas ni pulak merupakan coklat compound dengan warna kesukaan anak perempuan Che Na dan perisa Strawberry. Bahagian bawahnya pula merupakan milk coklat dengan krismas dan raisins serta kacang hazel. Coklat di letakkan di dalam bekas bentuk hati dan dicantikkan lagi dengan reben warna sedondon.

Senyum lebar Che Na bila datang ke rumah untuk mengambil hantaran kahwin ni. Lagi laber senyumnya bila dapat tahu yang Chetam beri 2 hantaran kahwin.

Oh yer......semua free of charge.....sebab dengan Che Na, Chetam tak berkira sangat. Sebab Che Na pun tak pernah berkira ngan Chetam. Dah la setiap malam Chetam melepak di gerai. Apa yang dia ada, mesti dia pelawa Chetam sama.

Dah lebih seminggu Chetam tak jumpa Che Na dan Che Ju sebab gerai mereka terpaksa berpindah ke lokasi lain. Lokasi sebelum ni terletak di depan lot kedai yang tak ada penyewa. Tuan punya kedai tu dah ada penyewa so mereka minta Che Na dan Che Ju ubah gerai.

Jangan risau.....Chetam masih ada tempat melepak sebab gerai tu berpindah selang beberapa kedai jer....cuma belum beroperasi lagi.....tunggu hari baik....hehehe.

Semoga jodoh anak perempuan Che Na akan kekal hingga ke akhir hayat dan semoga gerai tu cepat-cepat buka. Dah tak sanggup nak makan tempat lain sebab mahal....hehehe

Chetam
P/S : Kalau berminat untuk menghadiahkan sesuatu seperti di atas kepada insan tersayang, jangan lupa buat tempahan dengan Chetam.

No comments:

Post a Comment