Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


December 19, 2008

Kosmo Online : Bersama Norzailina Nordin - Brownies Keju

APAKAH istilah paling tepat untuk menerangkan brownie? Ia bukan kek dan bukan juga biskut. Tetapi rasanya rangup dan gebu pada masa yang sama. Hampir kesemua jenis brownie mempunyai campuran coklat masakan atau coklat putih.

Brownie paling sedap tentulah yang dibuat daripada coklat bermutu tinggi. Pilih coklat masakan jenis bittersweet atau unsweetened. Ia tidak manis dan sesuai dalam menyediakan brownies.

Kandungan gula yang tinggi dalam brownies menjadi faktor utama kenapa ia rangup terutama di bahagian atas dan sekeliling. Jika tidak gemarkan terlalu manis, boleh kurangkan gula tetapi jangan terlalu banyak.

Brownie keju sangat enak kerana menggunakan krim keju. Rasanya seakan-akan kek keju yang dibakar. Bahagian brownie yang menggunakan krim keju adalah berwarna biasa iaitu kekuningan.

Setiap kali menggunakan krim keju, hendaklah dibiarkan pada suhu bilik sekurang-kurangnya selama dua jam. Ini akan memastikan ia lembut dan mudah diputar. Krim keju yang masih keras sukar hancur dan licin setelah diputar. Ini akan menyebabkan ada ketulan-ketulan kecil kelihatan dalam brownie yang sudah siap dibakar.

Brownie tidak menggunakan tepung yang banyak. Jadi, keenakannya bergantung pada sukatan coklat atau serbuk koko yang digunakan. Ada serbuk koko jenis import yang lebih mahal. Namun, rasa dan aromanya tidak jauh beza dengan serbuk koko keluaran tempatan.

Selain gajus, anda boleh gunakan walnut atau hazelnut sebagai campuran brownie. Pastikan ia dipanggang terlebih dulu di dalam ketuhar. Untuk memanggang sebarang jenis kacang, ratakan di dalam tin pembakar atau dulang. Tin hendaklah cukup besar supaya tiada kacang yang bertindih.

Kaedah didih bertingkat adalah dengan meletakkan coklat dan mentega di dalam mangkuk tahan panas. Kemudian letakkan mangkuk di atas periuk berisi air mendidih. Kacau coklat sehingga cair. Ia mesti dibiar sejuk sebelum digunakan.

Kemudian panaskan ketuhar pada suhu 210 C. Bila ketuhar cukup panas iaitu kira-kira selama 10 hingga 15 minit, masukkan tin tadi. Biarkan lima minit sebelum dibuka ketuhar dan dikacau kacang tersebut dengan senduk kayu.

Jika anda memanggang hazelnut, kulitnya akan terbit bila ia sudah masak. Baunya sangat harum. Hazelnut menjadi perang keemasan dan nampak berminyak. Amat sukar membakar walnut kerana warnanya yang sudah coklat. Anda perlu berhati-hati dan pastikan masa memanggangnya tidak terlalu lama. Jika walnut terlebih masak, ia akan berasa pahit.

Ramai orang masih keliru tentang cara mendapatkan lorekan atau corak marmar di atas kek atau brownie. Anda hanya perlu asingkan dua hingga tiga camca besar adunan coklat. Setelah meratakan adunan berkrim keju, titiskan adunan coklat tadi di atas permukaannya.

Kemudian ambil lidi koktel atau gunakan hujung pisau tajam untuk membuat pusingan di atas permukaan tadi supaya kedua-dua bahagian biasa dan coklat kelihatan membentuk corak.

Jangan dilorekkan terlalu banyak kerana kedua-dua warna boleh bercampur aduk sehingga menenggelamkan corak marmar. Anda juga hanya perlu menyentuh (dengan lidi) bahagian atasnya, bukan sehingga ke bawah.

Membuat brownie sangat mudah kerana ia bukan seperti kek. Untuk kek, jika mentega dan gula tidak diputar sehingga kembang, kek tidak akan menjadi gebu. Brownie ini sangat istimewa kerana ia bukan hanya gandingan kek dan biskut tetapi juga berperisa keju yang lemak.

Sama seperti lain-lain sajian yang menggunakan tepung gandum dan serbuk penaik, anda boleh gantikan dengan tepung berserbuk penaik. Tepung ini juga dikenali dengan nama tepung naik sendiri. Ia boleh dibeli di mana-mana pasar raya.

Seperkara yang mesti diingat bila membuat brownie ini, lapisan krim keju hendaklah dituang secara berhati-hati dan rata di seluruh permukaan kek. Dengan cara itu sajalah lorekan dengan adunan bercoklat dapat dilakukan dengan sempurna.

Nota Kaki Chetam : Klik resepi untuk imej lebih besar.

No comments:

Post a Comment