Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


October 08, 2008

Tart Sekundang????

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Maaf sebab tak sempat nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung Teratak Chetam. Teruja nak balik beraya di Tepeng setelah 2 tahun sebelum ni beraya di Kota Medan. InsyaAllah Chetam akan ceritakan serba sedikit di posting sebelum ini sedikit hari nanti.

Chetam terima email di bawah bertanyakan tentang resepi Tart Sekundang. Maaf sesangat sebab baru pertama kali tengok Tart Sekundang ni. So nak minta jasa baik pengunjung Teratak Chetam yang ada resepi ini dan sudi untuk berkongsi untuk emailkan ke chetam1@gmail.com

Salam Manis dari Chetam yang dah lama membisu....hehehehe

*****************************************************
Assalamualaikum Chetam,

NI ada gambar Tart Sekundang,kita teringin sangat nak resepi dan cara-cara membentuknya. Ada tak dlm simpanan Chetam. Ataupun ada tak org yang jual tart ni , kita nak beli lah. Kawan kita pernah makan , dia kata rasanya sedap sgt, ada org kata butter yang digunakan tu butter brand CHAIN.Kalau ada Chetam bagitau kita lah. Kita nak belilah. Ataupun dapat resepi pun bagus gak tapi tak tau macam mana nak membentuknya.
Okay. Bye

Ni gambar dia

No comments:

Post a Comment