Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Jadual Kelas Bulan Mei 2013

Boleh pilih sebarang tarikh untuk bulan Mei 2013.

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Confirmed : 12 Mei utk kelas personal dengan Puan Farah - Kelas Tartlet dan Kelas Asas Deco Cupcakes - DONE

Confirmed : 8 Jun kelas personal utk Homemade Chocolates dengan Amira

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


Untuk setiap kelas personal yang dibook, anda perlu bank in deposit RM100 utk kelas yang yuran melebihi RM200 dan rm50 utk yuran yang melebihi rm100. Sila buat tempahan dengan email chetam1@gmail.com atau sms 010-7850314

Boleh request sebarang tarikh kecuali hari Selasa, Chetam cuma free si sebelah petang. Modul mengikut keperluan anda.

Module yang anda boleh gabung dalam satu hari untuk kelas personal. Anda sendiri yang tetapkan tarikh yang sesuai.

Module 1
Kelas Kek Coklat Moist Versi Bakar(siap ganache dan hiasan) dan Kukus(dengan topping mudah) serta Brownies mudah - Yuran RM200


Module 2

Kelas Aneka Tartlets - Cheese Tart, Fruit Tart, Walnut Tart, Egg Tart - Yuran RM160

Module 3
Aneka Chaox Pastry - Cream Puff, Enclairs, Snowy Swan, Fruit/Tuna Basket
- Yuran RM160

Module 4
Kelas Puding dalam Loyang
- Yuran RM160

Module 5
Kelas Puding dalam Bekas Mini - Yuran RM160

Module 6
Kelas Bakul Pastri dan Tart Buah - Yuran RM250


Module 7
Kelas Asas Aneka Coklat - Yuran RM230

Module 8
Kelas Kek Red Velvet - Belajar 2 resepi berbeza - kek dan cuppies
Yuran - RM200

Module 9
Kelas Kuih Talam
Hands On 4 Resepi - Yuran RM160
Hands On 5 Resepi - Yuran RM180

Module 10
Kelas Aneka Kek Komersial - Kek Sponge, Kek Butter, Kek Coklat, Kek Lapis
Pandan , Kek Chiffon. Yuran - RM300

Module 11
Kelas Aneka Kek Keju Mudah - Kek Snowy Cheese, Kek Keju Bost(yg lain akan update)


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.

October 24, 2008

Kosmo Online: Kuali Bersama Norzailina Nordin - Rempeyek


SALAH satu kuih kering yang begitu banyak dikomersialkan kini adalah rempeyek. Ia dipercayai telah diperkenalkan oleh orang Jawa dari Indonesia. Sejak zaman berzaman, rempeyek menjadi kudapan atau jajan yang begitu digemari ramai. Nama rempeyek juga agak asing dalam penggunaan istilah bahasa di kalangan orang Melayu.

Apa beza rempeyek dengan tumpi? Kaedah membuatnya adalah serupa. Cuma rempeyek menggunakan kacang tanah. Manakala tumpi menggunakan kacang dal (kuning). Dal mesti direndam semalaman sebelum digunakan. Ini adalah kerana ia agak keras. Jika anda rajin, daripada bancuhan yang sama, anda boleh menyediakan rempeyek dan juga tumpi.

Pilihan rempah yang pelbagai adalah mengikut cita rasa masing-masing. Ada yang sukakan jintan manis bagi menggantikan jintan putih. Ketumbar juga boleh digantikan dengan mana-mana satu jenis jintan. Ada yang mencampurkan ketiga-tiga rempahnya sekali. Serbuk kunyit boleh dimasukkan jika anda inginkan rempeyek yang agak kekuningan.

Elakkan daripada menggunakan rempah jenis serbuk kerana ia tidak begitu wangi. Anda perlu menggoreng rempah (dalam bentuk biji) hingga harum. Kemudian tumbuk kasar semasa ia masih panas lagi. Ini akan memudahkan rempah itu hancur. Jika membuat banyak, anda boleh mengisarnya tetapi jangan terlalu halus.

Ada juga yang memasukkan sedikit serbuk cili supaya rempeyek terasa pedas. Tidak kurang juga yang menambah sedikit serbuk lada sulah. Jadi, anda sendiri boleh mencuba campuran rempah bagaimanakah yang paling sedap sekali. Mungkin itulah pilihan yang unik dan menjadi keistimewaan keluarga pada setiap musim perayaan atau hanya sebagai kudapan harian ketika menonton televisyen.

Rempeyek yang rangup lazimnya berkulit nipis. Ini bermakna bancuhannya agak cair. Jika bancuhan pekat, rempeyek akan menjadi tebal dan kadangkala mudah lemau kerana kurang garing.

Anda boleh gunakan acuan kuih rempeyek untuk mendapatkan bentuk yang bulat dan sama besar. Namun begitu pastikan acuan tersebut dipanaskan dengan betul. Biar terendam di dalam minyak hingga betul-betul panas sebelum digunakan. Sekiranya acuan tidak panas, adunan akan melekat dan sukar hendak tanggal. Ini akan merumitkan proses menggoreng.

Ada baiknya anda menyediakan dua atau tiga acuan supaya dapat menggoreng rempeyek banyak sekali gus. Kadangkala rempeyek akan lekat pada acuan pada kali pertama menggoreng. Selepas itu, ia akan mudah tanggal kerana acuan sudah cukup panas.

Supaya rempeyek mudah lekang daripada acuan, ada satu petua berguna. Anda dinasihatkan supaya tidak membasuh acuan tersebut. Memadai dengan mengelap acuan dengan tuala hingga bersih. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup. Dengan cara ini, ketahanan acuan terjamin dan ia tidak akan berkarat.

Bagi anda yang mahir atau sudah biasa, ada satu lagi cara membuat rempeyek. Adunan berkacang itu disendukkan ke bahagian tepi kuali. Kemudian renjiskan minyak panas ke atasnya. Rempeyek akan tanggal sendiri dan masuk ke dalam minyak tersebut. Namu,n anda perlu memastikan kacangnya melekat elok dengan adunan.

Kacang tanah perlu dibasuh bersih kemudian ditos atau disejatkan hingga kering. Jika hari panas terik, anda boleh meratakan kacang di dalam dulang. Kemudian jemur sehingga kering. Ini juga akan memastikan kacang pada rempeyek rangup dan sedap dikunyah.

Bagi anda yang sukakan kacang banyak, bolehlah tambah sukatannya. Anda juga boleh memasukkan ikan bilis yang dikoyak halus sebagai menambah perisa rempeyek. Pastikan ikan bilis jenis nipis kerana ia lebih rangup. Sebagai menambah kemanisan rempeyek, anda juga boleh mencampurkan dengan udang kering yang sudah direndam dan dikisar halus.

Bancuhan juga perlu dikacau setiap kali sebelum menceduknya kerana tepung beras mungkin mendap ke bawah. Jadi, bahagian atas menjadi lebih cair. Bancuhan yang tidak habis dibuat boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan diletakkan di dalam peti sejuk. Esoknya bolehlah dibiar pada suhu bilik kemudian ditambah sedikit air sebelum digunakan.

Nota Kaki Chetam: Klik gambar untuk imej lebih besar

No comments:

Post a Comment