Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


February 14, 2008

Keratan dari Kosmo Online - Kuali Bersama Norzailina Nordin

CHICKEN CHOP

HIDANGAN merupakan antara masakan Barat yang sangat terkenal. Ia disajikan dengan sos biasa atau bercampur cendawan butang. Selalunya, ia dimakan bersama kentang goreng, potongan sayur-sayuran iaitu kubis, bawang, lobak merah bercampur mayonis dengan hiasan daun salad.

Bahagian ayam yang sesuai untuk chicken chop ialah paha dan pangkalnya. Anda perlu mengeluarkan tulang bahagian ini tetapi hujungnya (anggaran dua sm) hendaklah dibiarkan. Ini bermakna, anda mesti memotong tulang yang selebihnya.

Kulit ayam juga perlu dibuangkan supaya bahan salut boleh melekat dengan sempurna. Lagipun, kulit ayam mengandungi lemak yang tidak baik untuk kesihatan.

Potongan chicken chop ada juga yang dijual sudah dibuangkan tulangnya. Perapkan dengan serbuk lada sulah dan sedikit garam selama satu jam. Pastikan ia dilap kering-kering dengan kitchen towel terlebih dahulu.

Membuat adunan salut lebih mudah menggunakan pemutar belon. Ini akan menghasilkan adunan yang halus dan tidak berketul. Caranya dengan meletakkan semua bahan kering dalam mangkuk.

Dengan sebelah tangan menuangkan air, sebelah lagi mengacau campuran tersebut. Pastikan ia tidak terlalu cair. Bila kepekatannya elok, pukul dengan kuat selama beberapa saat kemudian biarkan selama 10 minit.

Celup potongan ayam dengan memegang dua bahagian jika ia besar. Ini supaya potongan itu leper dan dapat menyalut seluruh ayam. Kemudian salut dengan serbuk roti yang diletakkan di atas pinggan leper. Pastikan setiap bahagian bersalut dengan serbuk roti itu. Anda boleh sediakan beberapa keping sebelum mula menggoreng.




Sangat mudah menyediakan serbuk roti di rumah. Hanya letak kepingan roti yang tidak dimakan di atas rak peti sejuk. Anda tidak perlu membungkusnya.

Biarkan selama tiga atau empat hari dan roti akan menjadi keras. Pecahkan menjadi kepingan kecil. Kemudian kisar hingga halus. Simpan di dalam bekas bertutup. Letak di bahagian bawah peti ais. Ia tahan lama.

Selain itu, anda boleh beli serbuk roti di kedai. Ada dua jenis. Serbuk roti yang berwarna kuning akan menghasilkan kulit chicken chop kuning keemasan. Serbuk roti jenis ini sangat rangup kerana ia mempunyai campuran tepung jagung. Untuk lebih wangi, campurkan serbuk roti dengan kelapa parut yang sudah digoreng kekuningan. Anda akan dapati chicken chop anda juga rangup.

Gorenglah dalam minyak yang banyak supaya mudah masak. Sebaik-baiknya gunakan deep-fryer yang berbakul khas. Jadi, sangat mudah bila hendak mengangkatnya. Untuk menggoreng dengan sempurna, pastikan api tidak terlalu kuat.

Bila ayam nampak keemasan, bolehlah diangkat dan ditoskan minyaknya. Keluarkan serdak yang masih ada dalam minyak sebelum memasukkan potongan lain. Serdak yang terlalu lama digoreng akan menjadi hitam dan melekat pada ayam.

Untuk membuat sos, perlukan batang saderi. Sebaik-baiknya gunakan bawang besar jenis putih (Holland). Bawang besar jenis merah pula hanya sesuai untuk membuat gulai dan sebagainya. Ini kerana rasanya yang lebih kuat dan boleh digandingkan dengan rempah atau cili.

Bahan paling penting bila membuat sos ialah mentega. Jangan gunakan marjerin kerana ia tidak sesuai.

Kacau mentega dan tepung sehingga hampir keemasan. Kemudian tuangkan air dan masukkan semua bahan lain. Jika menggoreng terlalu lama, campuran boleh menjadi hangus dan pahit. Jadi, langkah pertama itu sangat penting. Ia akan menentukan sama ada sos sedap atau sebaliknya.

Ramai orang keliru tentang air rebusan ayam atau chicken stock. Air rebusan yang asli atau tulen diperbuat dengan merebus saderi, bawang, lobak merah, biji lada sulah dan rangka ayam selama beberapa jam.

Kemudian biarkan semalaman. Buangkan lemak yang mengeras di permukaan. Masak hingga mendidih semula sebelum ditapiskan.

Jika anda tiada masa untuk membuat air rebusan ayam, campurkan satu kiub pati ayam dengan air panas secukupnya.

Anda juga boleh gunakan satu camca besar stok pekat dalam botol. Jika tidak memasukkan kiub, rasa sos kurang enak. Jangan letak terlalu banyak garam kerana kiub sudah agak masin.

Salah satu bahan penting adalah herba Italy (Italian herbs) yang dijual di dalam botol-botol kecil. Selain itu, boleh gunakan herba campuran.

Ia adalah campuran herba kering oregano, rosemary, thyme dan dill. Campuran ini memberikan aroma masakan Barat yang sungguh menyelerakan.

Bagi yang suka pedas, campurkan sedikit serbuk cili ke dalam adunan salut. Anda juga boleh tambah serbuk lada hitam ke dalam sos.

Jika mahukan sos berwarna gelap, campurkan lebih banyak kicap pekat atau kicap hitam. Sos ini boleh disimpan beberapa hari di dalam peti sejuk dan dipanaskan bila hendak dimakan.

No comments:

Post a Comment