Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


January 08, 2008

Atas Permintaan Kak CT yang berada di perantauan ; Bubur Asyura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

SALAM MAAL HIJRAH untuk anda semua. Atas permintaan Kak CT, Chetam paparkan beberapa resepi Bubur Asyura untuk pilihan anda. Resepi-resepi berikut datangnya dari Group Resepinet dan juga Mesra.net.

Dahulu Arwah Emak tak ketinggalan buat Bubur Asyura setiap kali 10 Muharram menjelang tiba. Arwah Emak buat versi yang pekat dan kental macam gambar di bawah ni. Gambar ni Chetam ambil dari FP Kak Liza.....rasanya beliau ambil gambar di pasar minggu kut. Tak pasti pulak. Chetam minta maaf sebab tak dapat nak beri resepi yang Arwah Emak selalu buat sebab tak sempat berguru. Kak Tih kat Tepen yang handal buat Bubur Asyura ni sekarang tetapi setiap kali dia buat, Chetam tak der kat kampung. So tak penah merasa lagi.

Bubur Asyura (versi kuih talam)

Sumber : Rosliza Resepinet

15 kampit tepung beras (15 kg)
2 kg kacang tanah direbus hingga lembut, kemudian dibuang kulitnya
2 kg kacang kuda direbus hingga lembut, kemudian dibuang kulitnya
5 kilo pisang abu cincang
5 kilo ubi keledek - cincang
2 kg kcg merah direbus
2 kg kacang hijau - direbus
11 kilo gula putih
4 kg gula merah
15 kilo santan
jagung (4 atau 5 tin) atau jagung segar
garam

1. Bancuh tpg beras dgn santan. Kepekatannya macam nak buat kuih
kasui. Jika berketul2, tapiskan.
2. Masakkan diatas api sehingga menggelegak, kemudian masukkan ubi
keledek, pisang, semua kekacang tadi, jagung, gula, garam. Kacau le
sehingga pekat dan berkilat.
3. Setelah masak, masukkan dlm acuan.
4. Sejukkan dan dah boleh potong utk hidangan.

Nota Kaki Rosliza:

Ini resipi bubur asyura spt yg dijanjikan. Secara kebetulan emak saya baru lepas menyediakan kuih ni utk surau. So sukatannya byk le..jgn terkejut pulak....pandai2 le convert kalau nak buat utk keluarga je...Inilah yg saya dapat dari mak saya.

Bubur Asyura Kekacang

Sumber : Syam Resepinet

Bahan A

Segala jenis kekacang (bijirin)(suka hati nak campur kacang apa, kacang hijau ke, kacang merah ke, kacang soya ke, barli ke..)

Barli

Ubi keledek dipotong dadu

Semua ini direbus setengah masak dan ditoskan airnya.

Bahan B

Santan agak-agak kecairannya

Gula merah/melaka

Gula

Garam

Daun Pandan

Cara membuatnya

Campur santan, garam sedikit, gula merah dan daun pandan, masakkan sebentar (biar tahan basi) kemudian masukkan segala kacang, barli, keledek yg direbus tadi. Rasa kemanisan, kalau tak cukup tambah gula, didihkan seketika, tapi kacau perlahan-lahan ye sbb nanti kekacang tu pecah-pecah... Siap untuk dimakan....

Nota Kaki Sham: Bubur ni macam pengat pisang tp diganti ngan kekacang...tak perlu pekatkan dgn sagu biji atau tepung jagung sbb kekacang tu nanti serap....


BUBUR "ASYURA PENANG

Sumber : Mariam Kassim Resepinet

300 gm. kacang tanah

300 gm. kacang merah

300 gm sagu kecil

300 gm. kacang hijau

3 ketul ubi keledek merah

6 batang jagung mentah / 1 tin jagung

1 ikat pisang raja yang masak

4 helai daun pandan

300 gm.biji gandum(gandum untuk dibuat bubur)

100 gm gula merah / gula kabung

200 gm. gula putih

500 gm pati santan ( 2 biji kelapa diambil santan nya)

Garam secukup rasa

CARA CARA MEMBUATNYA:

1. Kesemua kekacang tadi direbus hingga enpuk, dan asingkan.

2. Jagung mentah diambil isinya dan dibuang batangnya (jika gunakan jagung mentah),Jika gunakan jagung tin, tuangkan terus.

3. Gandum direbus hingga kembang. Keledek pula dipotong dadu, asingkan.

4..Sagu dibersihkan dan ditoskan, asingkan.

5. Pisang raja dikupas dan dipotong bulat bulat, asingkan.

6. Masak air dan gula (boleh dikurangkan gulanya jika mahu kurangkan manis). Masukkan daun pandan. Setelah hancur gulanya, masukkan pula kekacang. Gandum, jagung mentah dan kacau lah hingga sebati. Masukkan pula keledek dan santan ditambah dengan air secukupnya, kacau dan masukkan pula sagu dan pisang juga garam secukup rasa, kemudian kacau dan biarkan ia mendidih.

7. Setelah empuk ubinya kecilkan api, buat seketika dan angkat lah untuk dihidangkan sempena awal muharam.

Nota Kaki Mariam: Selamat mencuba!! Inilah original bubur 'ashura!! Kebiasaan dibuat orang lain, bingka(bengkang) 'ashura kerana ia keras. Tapi 'ashura penang,cair, seperti bubur bubur lain.

Bubur Asyura

Kiriman: Asmiza Jaffar Mesra.net
Sumber: turun temurun
Bahan-Bahan:

1 kg beras
200gm kacang hijau
1 kg santan
50 gm kerisik
satu sudu kecil serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan halba
10 keping gula melaka
10 ulas bawang merah-dimayang
5 ulas bawang putih-dimayang
1 inci halia-dimayang
500 gm jagung
100 gm gula pasir
sedikit rempah kurma,kari
2 liter air

Cara:

  1. Masak nasi sehingga pecah. Kacau sentiasa.

  2. Masukkan kacang hijau dan jagung kacau hingga kacang hijau kembang

  3. Masukkan bawang, kerisik, halia dan rempah serta rempah kurma. Kacau lagi.

  4. Masukkan gula melaka dan gula

  5. Akhir sekali masukkan santan dan kacau sehingga adunan pekat

  6. Sejuk adunan dalam dulang berlapik daun pisang.

No comments:

Post a Comment