Pada hari ketiga, tour cuma start pukul 12.30 tengahari. Sebelah paginya, Chetam dan 2 kawan pegi shopping kat Supermarket Matahari. Chetam borong kacang untuk Buya, kopi Bali, beli beberapa botol Mizone. Lunch disediakan oleh pihak tour. John bawak kami pegi Restoren Chinese Seafood. Menurut John, restoren ni HALAL. Kat luar memang ada tertulis 100% HALAL. Chetam dan 2 orang kawan tak turun bas. Tak yakin la restoren ni halal. So kami ikut Madhi pegi isi minyak. Dalam perjalanan ke stesyen minyak, kawan Chetam nampak ada Masjid kat sebelah kanan. Kami minta Madhi turunkan kami sebab nak solat Zuhur. Madhi kata nanti dia isi minyak dulu dan akan patah balik dan turunkan kami kat Masjid.
Lepas isi minyak......sampai depan Masjid, Madhi pun stop. Dia kata dia pegi ambil geng yang lain kat restoren cina tu dan akan lalu semula depan masjid untuk ke destinasi berikutnya.
Inilah dia Masjud Ar Rahmat. Tak sangka dengan penduduk Islam tak sampai 5%, ada sebuah Masjid yang cantik dan besar.
Ini pulak Mimbar Masjid Ar Rahman.
Cantik tingkap kaca Masjid Ar Rahman ni. Tingkap ni terletak di sebelah atas Mimbar. Maaf sebab Chetam ambil gambar dari dalam Masjid di tingkat 2 so tulisan tu terbalik.
Ini juga tingkat Masjid Ar Rahman. Cantik kan.
Lepas solat Zuhur, Chetam dapati ada Restoren Muslim di bahagian luar Masjid. Kami makan di Restoren orang Lombok. Tukang masaknya wanita dari Jakarta. Chetam makan nasi goreng dan minum Es Kelapa Muda. Bila tengok air tu.....mak ai....macam sedap jer. Tapi sayangnya kelapa tu bukan kelapa muda. Dah agak keras.
Minum Es Kelapa Muda di Restoren orang Lombok.
Sedang makan, nampak bas dah sampai. Nasi belum habis.......nasib baik John turun dan masuk Restoren.....John bayarkan harga makanan kami. Dia rasa bersalah sebab kami tak dapat makan di Restoren Seafood tadi. Cepat-cepat Chetam n geng makan. Terus naik bas dan mintak maaf sebab terlambat. Tapi geng-geng lain tak kisah.......hehehehe....
Kami teruskan perjalanan ke Kuil kedua terbesar di Bali - Royal Family temple TAMAN AYUN Mengwi. Kami tak dibenarkan masuk sebab mereka sedang bersiap sedia untuk upacara keagamaan yang akan berlangsung di penghujung bulan November dan awal Disember. Hari sambutan upacara keagamaan ini merupakan hari cuti umum di Bali. Ramai orang lelaki dan perempuan sedang sibuk membuat persiapan. Kami cuma dibenarkan untuk mengelilingi kuil bagi mengambil gambar. Cuaca masa tu memang panas terik.
Jalan masuk menghala ke kuil.
Pintu kuil ditutup. Di sebelah dalamnya, ramai orang tengah membuat persiapan.
Gambar di ambil dari luar pagar.
Pondok ni terletak di depan pintu masuk kuil.
Kincir angin yang terletak di atas pokok. Ada beberapa buah kincir angin di sekitar kuil. Kincir angin menghasilkan satu bunyi yang sangat kuat.
Sungai di luar kuil.
Sempena menyambut upacara keagamaan yang bakal tiba, setiap rumah di sepanjang jalan akan memasang buluh yang dihias dengan daun kelapa dan lain-hiasan. Batang buluh ini akan dibalut dengan kain kuning atau kain putih.
Selesai pusing kuil ni, Chetam terus panjat bas......poning kepala......panas giler. Madhi teruskan perjalanan ke The ALASKEDATON - The monkey forest. Sebelum sampai, John beri sedikit penerangan. Sampai je nanti, akan ada tourist guide perempuan yang akan ambil alih tugas John. Dia akan bawa kali masuk ke taman monyet ni......Lepas tu mereka akan bawa kami ke kedai yang mereka jaga. Terpulang pada kita sama ada nak beli atau tidak.
Pintu masuk ke Taman Monyet.
Sampai di dalam..............banyaknya monyet. Kita boleh beli makanan yang disediakan untuk sedekah pada monyet-monyet ni. Berhati-hati.......jangan bawa beg ke dalam taman. Monyet akan perasan yang dalam beg tu adalah makanan mereka dan mereka akan terkam ke arah kita. Jangan masukkan tangan ke dalam poket. Monyet akan kata kita seluk poket nak ambil makanan dan lagi sekali mereka akan terkam dan panjat kita. Kalau kita tak nak kasi mereka makanan, angkat tangan dan tunjuk yang tangan kita kosong.
Monyet tengah mengoda pelancung ni. Chetam nampak ada monyet yang panjat belakang pelancung Mat Salleh dan kencing di situ.
Monyet dan baby. Banyak baby monyet.
Wanita pemandu pelancung ni akan pelawa kita masuk ke hutan untuk melihat keluang. Keluang ni bukan di hutan tetapi di salah satu gerai di luar taman. Kita boleh pegang keluang ni untuk bergambar.
Selesai di Taman Monyet, kami meneruskan perjalanan ke Tanah Lot untuk melihat matahari tenggelam.
Ini merupakan pemandangan sawah padi di sepanjang jalan ke Tanah Lot. Yang peliknya tentang sawah padi ni ialah ianya tak sekata. Ada sawah padi yang baru dituai. Ada yang sedang masak meranum. Ada yang baru ditanam. Dan ada juga yang sudah kosong.
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment