Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
August 03, 2006
Meh Kita Buat Biskut Raya Ngan Almond!
ALMOND BISCUITS 1
Sumbangan Diana
Bahan-bahannya
30 gram badam cincang
¾ cawan tepung gandum
¼ cawan badam kisar
¼ cawan gula
60 gram mentega
1 biji telur
Bahan untuk Icing
½ cawan gula aising
2 sudu teh air panas
Cara-caranya
Bakar hirisan badam didalam oven pada kepanasan sederhana selama 7 minit dan sejukkan. Ayak tepung kedalam bekas, campurkan dengan badam cincang dan gula. Masukkan mentega dan gaul rata sehingga menjadi macam serbuk roti. Masukkan telur dan adun sehingga menjadi doh. Canai doh setebal 3mm (1/8 inci) dan terap bulat. Atur biskut yang telah diterap keatas loyang pembakar dan bakar pada kepanasan sederhana selama 10 minit atau sehingga kekuningan. Sejukkan biskut, sapukan dengan icing dan taburkan dengan badam cincang.
Cara membuat Icing
Ayak gula aising dan campurkan dengan air sehingga menjadi cecair yang licin. Air boleh ditambah jika icing terlalu pekat.
Untuk 25 keping biskut.
ALMOND BISCUITS 2
Sumbangan Diana
Bahan-bahannya
1 biji putih telur
1/2 sudu teh madu
1 - 2 titik esen badam (almond essence)
250 gram badam, dikisar
3/4 cawan gul kaster
1 biji putih telur (extra)
1 cawan gula aising
60 gram hirisan badam
Cara-caranya
1. Pukul 1 biji putih telur sehingga gebu dan memekat, masukkan madu dan esen badam.
2. Masukkan pula badam kisar dan gula yang telah disatukan dan masukkan kedalam adunan putih telur tadi. Gaul hingga sebati.
3. Tutup dengan plastik cling wrap dan biarkan ia selama 12 jam atau semalaman.
4. Pukul 1 biji putih telur (extra) sehingga gebu dan memekat. Masukkan setengah adunan putih telur ini kedalam adunan putih telur yang telah diperap selama 12 jam.
5. Gaul rata adunan itu lagi dan kemudian ambil doh bentukkan bulat dan golekkan pada gula aising dan atur di loyang pembakar. Ambil gelas dan tekan doh bulat dengan dasar gelas.
6. Sapukan atas doh biskut dengan lebihan putih telur yang diketepikan tadi dan hiaskan dengan beberapa hirisan badam.
7. Bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 minit atau sehingga biskut masak.
ALMOND COFFEE MACAROONS
Sumbangan Diana
Bahan-bahannya
(A)
85 gram badam kisar
125 gram gula
1 sudu besar tepung beras
(B)
1 biji putih telur
(C)
1 sudu teh kopi segera
2 sudu teh air
Bahan untuk Krim Mentega Kopi
150 gram gula aising
40 gram mentega
1 sudu teh serbuk kopi segera
1 sudu besar air
Cara untuk Krim Mentega Kopi
Campurkan gula aising dan mentega lembut dan adun sehingga sebati. Kemudian masukkan kopi yang telah dicampur dengan air dan gaul sehingga sempurna.
Cara membuat Biskut
1. Adun (A) sehingga sebati. Masukkan (B) dan gaul sehingga rata. Akhir sekali, campurkan (C) dan adun hingga sempurna.
2. Isikan dalam beg piping yang dipasang dengan muncung biasa. Paipkan adunan keatas dulang yang telah dialas dengan kertas kuih.
3. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga kuning keemasan.
4. Bila sejuk, tangkuplah kedua-dua kepingan dengan krim mentega kopi. Sedia dihidang.
Boleh dapat 24 keping biskut.
ALMOND CORNFLAKES CRUNCH
Sumbangan Diana
Bahan-bahannya
(A)
130 gram mentega
145 gram gula
secubit garam
1/2 sudu teh glucose
(B)
1 biji telur
(C)
200 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar tepung susu
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
(D)
50 gram cornflakes
70 gram badam, hiris
Untuk Hiasan
sedikit badam, dicincang
sedikit ceri hijau
Cara-caranya
1. Pukul (A) sehingga lembut. Masukkan (B). Pukul sehingga licin.
2. Tambahkan (C) yang telah diayak dan adun hingga sebati.
3. Akhirnya, campurkan (D) dan gaul rata.
4. Sendukkan 1 sudu teh adunan tadi dan bentukkan menjadi bebela. Selaputkan dengan badam cincang. Letakkan diatas dulang yang telah digris. Hias atasnya dengan ceri hijau dan tekan sedikit.
5. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 12 - 15 minit atau hingga kuning keemasan.
Nota: Biskut ini boleh juga diselaputi dengan oats yang telah dikisar untuk menggantikan badam cincang.
ALMOND PETITS FOUR
Sumbangan Diana
Bahan-bahannya
185 gram mentega
1/2 cawan gula
60 gram pes badam
2 biji kuning telur
1/2 sudu teh vanilla
1 3/4 cawan tepung gandum
gula icing
jam ikut citarasa
Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Campurkan pes badam dan kuning telur didalam cawan menggunakan garfu dan masukkan vanilla, campur rata.
2. Tuangkan kuning telur itu kedalam adunan dan pukul sehingga ia sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul rata.
4. Masukkan adunan kedalam piping bag dan pipe kan diatas loyang pembakar jika suka boleh letak di dalam cawan kertas.
5. Bakar menggunakan suhu yang sederhana selama 10 minit sehingga kekuningan. Sejukkan diatas redai dan isikan dengan jam dan ayak gula aising diatasnya.
ALMOND RASPBERRY FINGERS
Sumbangan Diana
Bahan-bahannya
125 gram butter
½ cawan gula aising
1 cawan tepung gandum
secubit garam
½ sudu teh jus lemon
1 sudu teh parutan kulit lemon
1/3 cawan jem raspberry atau jem ikut citarasa
Untuk Topping
250 gram badam, dikisar
2 sudu besar gular
2 biji telur
Cara-caranya
Pukul mentega dan gula hingga kembang dan ringan. Masukkan tepung dan garam yang telah diayak dan kacau rata. Masukkan jus dan parutan kulit lemon dan gaul sehingga doh menjadi sebati. Canai doh 9” persegi diantara plastic dan letakkan di loyang pembakar. Cucuk doh dengan garfu dan bakar pada kepanasan sederhana selama 10 – 12 minit sehingga kekuningan. Keluarkan dari oven dan sapukan dengan jem. Letakkan topping dalam piping bag dengan nozzle tube dan pipe topping diatas jam jarak ½ inci. Bakar kembali dalam oven selama 10 minit. Keluarkan dari oven dan potong menjadi kepingan sewaktu pastry masih suam panas.
Cara membuat Topping
Campurkan badam, gula dan telur dan kacau hingga sebati.
30 keping biskut
TIPS MEMBAKAR BISKUT
Sumbangan Diana
1) Sebelum mula membakar, baca dan fahamkan resipi dan sediakan semua perkakas dan bahan yang diperlukan.
2) Bahan-bahan kering seperti, tepung, oats, garam, soda bikarbonate hendaklah digaul supaya dimasuki udara (aeration). Bahan-bahan kering harus disukat mengunakan cara "dip and level". Masukkan sukatan cawan atau sudu dan ratakan dengan belakang pisau.
3) Gunakan sukatan kaca untuk bahan cecair seperti susu, air, minyak dll. Dan sukat pada aras mata (eye level).
4) Acuan pembancuh haruslah dibersihkan tepinya ketika mengadun, supaya mendapat adunan yang rata.
5) Jarakkan adunan biskut di loyang pembakar supaya biskut dapat dibakar dengan seimbang.
6) Sapukan shortening (mentega putih) ke loyang pembakar dan bukan butter atau majerin. Butter dan majerin mudah hangus dan berbekas di loyang pembakar. Kemudian taburkan sedikit tepung dan ratakan ke atas loyang pembakar dan buang lebihan tepung.
7) Bakar satu dulang adunan biskut pada satu masa supaya udara panas dapat membakar biskut dengan seimbang. Letakkan dulang pembakar di tengah-tengah ketuhar supaya udara panas mudah mengalir. Ada ketuhar yang mempunyai "hot spots". Jika biskut cepat masak pada satu "hot spot", putarkan loyang pembakar apabila telah hampir setengah masa waktu membakar.
8) Panaskan ketuhar sebelum membakar biskut. Selalunya mengambil masa 15 minit, masa berbanding kepada ketuhar yang anda gunakan.
9) Dalam setiap resipi, ia akan menyatakan masa yang perlu untuk membakar biskut. Faktor lain seperti suhu kepanasan, paras laut dan lain-lain juga menentukan kepanasan sesebuah ketuhar. Gunakan "timer" dan set kepada waktu minima mengikut resipi dan kemudian cuba test sama ada biskut sudah pun masak.
10) Sebelum menyimpan biskut yang baru dibakar, pastikan yang ia betul-betul sejuk untuk mengelakkan mendapat biskut yang tidak ranggup.
11) Simpan biskut di berlainan bekas supaya baunya tidak bercampur bersama biskut-biskut yang lain. Untuk biskut yang ranggup, simpan didalam bekas ketap udara.
12) Kebanyakkan biskut boleh dibekukan paling lama untuk sebulan. Bungkus dengan aluminium foil atau plastik cling wrap, labelkan dengan haribulan sebelum dibekukan.
Panduan: Biskut yang munggunakan butter adalah lebih lemak dan sedap berbanding mengunakan majerin.
ALMOND RINGS
Sumber: Chef Wan
(gambar Almond Ring - atas)
Bahan-bahannya
3/4 cawan mentega, dilembutkan pada suhu bilik
1 biji kuning telur
1/4 cawan gula serbuk
1/2 sudu teh esen badam
2 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan badam, dikisar
1/4 sudu teh garam
1 biji putih telur, dipukul
badam yang telah diramas, untuk hiasan
Cara-caranya
1. Campurkan mentega, kuning telur, gula dan esen badam dalam bekas dan gaul rata menggunakan senduk kayu. Masukkan tepung, badam yang telah dikisar dan garam. Gaul rata sehingga sebati.
2. Sejukkan doh selama 1 jam dalam peti seju. Bahagikan doh macam rupa biji walnut dan roll tebal. Bentukkan doh menjadi cincin dan celupkan kedalam putih telur yang telah dipukul.
3. Taburkan badam yang telah diramas dan letakkan keatas dulang pembakar. Bakar untuk 10 minit pada suhu 175 darjah C sehingga warna keemasan.
ALMOND DROPS
Sumber: Chef Wan
(gambar Almond Drops - bawah kiri)
Bahan-bahannya
250 gram putih telur
45 gram tepung jagung
150 gram gula kaster
150 gram badam, dikisar
1 sudu besar esen vanilla
badam yang dihiris panjang untuk hiasan
Cara-caranya
1. Pukul putih telur sehingga kembang dan putih. Masukkan tepung jagung, gula, badam dan esen vanilla dan gaul rata dengan spatula.
2. Masukkan adunan kedalam piping bag dan picitkan adunan keatas loyang pembakar. Hias atas biskut dengan hirisan badam.
3. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 10 minit sehingga kekuningan
ALMOND CRUNCH COOKIES
Sumber: Chef Wan
(gambar Almond Crunch Cookies - bawah kanan)
Bahan-bahannya
170 gram unsalted butter
200 gram gula kaster
4 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh esen badam
285 gram tepung gandum serbaguna
170 gram tepung jagung
140 gramd badam, dikisar
Cara-caranya
1. Pukul butter bersama gula sehingga kembang. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan badam dan pukul sehingga sebati.
2. Masukkan kedua-dua tepung dan badam kisar. Gaul adunan sehingga sebati dan kemudian disejukkan dalam peti ais selama sejam sebelum dicanai.
3. Canai dan potong adunan atau boleh gunakan acuan biskut dan terap. Hiaskan dengan hirisan badam dan sapukan atasnya dengan kuning telur.
4. Bakar selama 12 - 15 minit pada suhu 175 darjah C sehingga kekuningan.
ALMOND CRESCENTS
Sumbangan Diana
Bahan-bahannya
(A)
135 gram mentega
75 gram gula aising
(B)
2 biji kuning telur
1 biji parutan kulit lemon
(C)
270 gram tepung gandum
80 gram badam kisar
Cara-caranya
1. Adun (A) sehingga sebati. Tambah (B) dan pukul sehingga ringan.
2. Campurkan (C) dan gula hingga sebati.
3. Titiskan 1 sudu teh doh yang sudu teh doh dan bentukkan menjadi bentuk bulan sabit. Letak di atas dulang pembakar.
4. Bakar pada suhu 160 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga kuning keemasan.
5. Keluarkan daripada ketuhar. Taburkan sedikit gula aising atau selaputkan dengan gula halus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment