Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


July 27, 2006

CHOCOLATE ALMOND COOKIES

Sumbangan Diana

Bahan-bahannya

(A)
260 gram mentega
185 gula aising

(B)
1 biji telur
1/2 sudu teh pes kopi

(C)
400 gram tepung
1 sudu besar tepung susu
1/2 sudu teh baking powder
15 gram serbuk koko

(D)
180 gram kepingan badam

Cara-caranya
1. Pukul (A) sehingga kembang. Kemudian tambah (B) dan pukul sehingga sebati.
2. Campurkan (C) yang telah diayak dan kemudian masukkan (D). Gaul hingga rata.
3. Tekan doh kedalam dulang segiempat, berukuran 8 inci yang telah dialas dengan kertas kuih. Simpan dalam peti sejuk semalaman atau sehingga keras.
4. Keluarkan doh daripada peti sejuk dan potong menjadi kepingan 40mm. Potong menjadi kepingan nipis, berukuran 5mm tebal.
5. Susun atas loyang pembakar yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 20 - 25 minit.

Nota: Kepingan badam boleh diganti dengan kacang lain seperti walnut, pecan, hazelnuts. Adunan biskut ini tidak perluk dipukul sehingga ringan cukup sekiranya bahan-bahan sebati dan rata.

No comments:

Post a Comment