Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Jadual Kelas Bulan Disember 2013

Boleh pilih sebarang tarikh untuk bulan Disember 2013.

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut. Sila rujuk modul kelas di ruangan sebelah kanan.


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.


July 03, 2006

Blueberry Cheese Tart.


Sumber : Buku Aneka Pastri Menawan oleh Alex Goh
Gambar : Roz Rnet

Chetam tempekkan sekali ngan komen dari Roz sebagai panduan kita semua.

[Quote]
Semalam buat projek Blueberry Cheese Tart. Resipi ni dulu Jeni yang bagi feedback dan tolong tempekkan resipi dari buku Irresistible Pastry (Aneka Pastri Menawan) oleh Alex Goh. Hasilnya....voilla....delicious....kalau makan tak leh nak berenti....tapi sendiri jugak mau ingat....itu cream cheese banyak fattening.....

Cream cheese dengan blueberry filling tu Roz pipekan ngan plastik biasa je.... gunting sikit bucu plastik tu dah boleh pipe kan dah, tak yah pakai nozel...blueberry tu Roz swirlkan ngan lidi so tak lah nampak bertompok kat atas cream cheese tu, tapi wa punya topping takdelah design2 cun... :)

Roz sertakan gambar dia sekali.....untuk tatapan semua....

SWEET PASTRY
*Berat pastri yang terhasil lebih kurang 780 g.

Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu

Cara-cara
Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.
Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.
Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

BLUEBERRY CHEESE TARTS

Bahan-bahan
300 g Sweet Pastry

Filling
Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula
25 g mentega

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
25 g whipping kream

Bahan D
20 g tepung

Blueberry filling

Cara-cara
Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.

Inti :
Pukul (A) sehingga licin dan gebu.
Masukkan (B) dan pukul hingga sebati.
Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna.
Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.

Nota:
Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.
Untuk menjadikan permukaan atas tat lebih menarik, sapukan apricot glaze supaya ia kelihatan berkilat. (Apricot glaze + sedikit air dan panaskan di atas dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran tersebut cair)
Tapis blueberry filling tersebut supaya filling tersebut dapat keluar dengan lancar sekiranya menggunakan piping bag ketika menghias.
[UnQuote]
Posted by Picasa

1 comment:

  1. Anonymous10:03 pm

    salam...dengan 780g pastri.. blh dpt brapa biji tat ye? (anggaran)

    ReplyDelete