Chetam buat kek ni petang sabtu dan topping dibuat pagi Ahad. Resepi kek oren ni diambil dari Forum CARI.com, sumbangan BEBOP. Simple giler buat kek ni tapi saiznya kecik sikit.
ORANGE BUTTER CAKES sumbangan BEBOP, CARI.com
200 gm tepung gandum
1/4 tsp baking powder
1/2 sudu besar susu tepung
250 gm butter
5 bj telur
175 gm gula
2 sudu besar orange juice
parutan kulit limau dari sebiji limau
Pukul tepung, baking powder, susu, butter hingga gebu dan tidak berbintil2. Dimangkuk asing pukul telur dgn gula hingga lembut dan pekat, kemudian masukkan orange juice dan parutan kulit limau kedlm adunan telur dan kacau sebati. selepas itu masukkan adunan telur tadi kedalam adunan butter dan adun sebati. Tuang adunan kedalam loyang 9" dan bakar dalam 30 - 40 minit pada suhu 170C. Nak masuk dalam cup cake pun boleh jugak.
Simple Topping sumbangan Chetam
1 cawan non dairy whipping cream (Chetam guna jenama Baker's Mix, kalau tak silap. Beli kat Bagus Kajang. Harga RM9 lebih untuk 1 liter. Memang sedia manis)
Sedikit kordial oren Sunquick
Pukul kedua-dua bahan dengan mixer pada kadar tinggi hingga gebu. Chetam potong dua kek tu dan sapu topping di tengah. Sodap!!!
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment