Chetam dok belek email lama dan inilah yang Chetam dapat.
[Quote]
Assalamualakum dan salam sejahtera semua
Tips untuk membuat roti yang sedap
=========================
Salah satu cara yang Diana pelajari ialah selalu gunakan cecair yang suam panas bila hendak mengguli roti, dan biarkan adunan roti naik sebaik-baiknya di tempat yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.
Adunan roti yang memakan masa untuk naik mempunyai rasa yang sedap dan doh tidak dipenuhi dengan rongga-rongga udara"air bubbles". Doh yang memakan masa untuk naik juga lebih tahan lama berbanding doh yang naik dengan cepat. Doh boleh diletakkan dibekas besar sebaik-baiknya bekas kaca. Sapukan sedikit mentega pada bekas kaca dan biarkan doh naik pada suhu bilik. Tutup bekas doh dengan tuala atau plastik supaya doh tidak kering. Bila doh sudah naik terbalikkan supaya boleh disapu dengan mentega.
Selalunya adunan doh roti memakan masa 1 -2 jam untuk naik dua kali ganda dari rupa asalnya. Adunan doh menggunakan tepung wheat dan wholegrain memakan masa lebih lama untuk naik berbanding dengan doh yang menggunakan tepung biasa. Dough yang mengandungi buah-buahan dan kandugan lemak juga memakan masa lebih lama untuk naik. Selalunya saya lebih suka memerapkan doh saya semalaman dalam peti sejuk ini untuk perlahankan doh supaya naik terlalu cepat. Doh roti yang naik terlalu cepat selalunya rasanya kurang enak dan kadang kala masam.
Yeast
Membakar roti menggunakan yeast harus disukat dengan betul. Yeast memerlukan gula untuk aktif, tetapi terlalu banyak gula boleh perlahankan bahan aktif atau terus terhenti. Doh yeast selalu mengandungi gula, yang memberi warna dan rasa kepada roti tersebut. Garam juga selalu digunakan untuk tujuan yang sama tapi mempunyai fungsi memperlahankan doh bila diperap untuk naik supaya doh tidak terlalu kasar dan mempunyai banyak rongga-rongga udara.
Roti yang pucat dan tidak berwarna kekuningan mungkin dibakar pada suhu yang rendah atapun tidak mengandungi garam sewaktu mengadun doh.Yeast akan musnah pada suhu 46 darjah C dan akan mati pada suhu 63 darjah C.
Teknik Mengguli
Gunakan tangan anda untuk mengguli roti. Gunakan ruang yang luas, uli doh dengan melipat doh yang jauh kepada anda. Tolak doh menggunakan hujung telapak tangan anda. Pusing doh 1/4 dan uli sehingga betul-betul halus dan licin. Selalunya mengguli boleh memakan masa 10 minit. Kalau doh roti kaku bermakna anda letak terlalu banyak tepung. Inilah kesalahan yang selalu kita buat.
Bila membakar roti, pastikan luar roti masak dan kekuning-kuningan dan dalam roti lembab dan lembut.
Kepada ahli-ahli yang mempunya "Bread Machine", resipi disini khas untuk anda. Diana selalu mendoakan semoga resipi yang dicuba akan menjadi.... Selamat mencuba!!!
BANANA BREAD
===========
Bahan-bahannya
2 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh baking soda
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar minyak
2 biji telur
2 biji pisang, buang kulitnya dan belah setengah memanjang
Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan dalam mesin roti.
2. Gunakan setting dough dan mulakan. Biar mesin gaul bahan-bahan rata untuk 3-5 minit sampai pisang telah hancur. Gunakan spatula plastic untuk menolak doh yg melekat pada tepi bekas mesin roti. Stop mesin roti dan ratakan atas roti dengan spatula plastik.
3. Gunakan setting Bakar dan mulakan. Masa membakar selalunya lebih kurang 50 minit, terpulang pada mesin roti anda. Untuk cek jika roti sudah masak, cucuk pertengahan roti dengan lidi. Roti sudah masak jika lidi keluar bersih. Jika masih ada lebihan doh di lidi bakar untuk 10 - 15 minit lagi. Bila sudah masak keluarkan roti dari mesin dan biarkan sejuk di dalam acuan selama 10 minit barulah dikeluarkan dari acuan.
REVIEW DIANA:
Mula-mula try ada problem sebab time tu baru pakai mesin roti... ishhh frust juga... tapi sebab banana bread ni fav diana cuba lagi kali ini kawan dia kat UK kasi nasihat la sikit suruh letak serbuk kayu manis kalau nak sedap, so ada la rasa dan bau sikit...kalau tidak macam plain je... dia juga suruh letak kacang walnut dan diana lenyek pisang sampai lumat senang supaya mesin roti tak payah kerja keras...Diana cuba lagi sekali menjadi suka tak terhingga sampai lompat-lompat!! sedap dimakan untuk minum petang... rating kasi 7 out of 10... sebab first time buat tak jadi tapi rasa kasi 9 out of 10 sebab rasanya SEDAPPP!!!!
BEST BREAD USING BREAD MACHINE
========================
Bahan-bahannya
1 cawan air suam
2 sudu besar gula pasir
1 (.25 oz) yeast roti
1/4 cawan minyak jagung
3 cawan tepung roti
1 sudu teh garam
Cara-caranya
1. Masukkan air, gula dan yeast ke dalam acuan mesin roti. Biarkan yeast berbuih selama 10 minit, kemudian masukkan minyak, tepung, dan garam. Tekan butang "Basic" ataupun "White Bread Setting" dan mulakan.
REVIEW DIANA:
Sedap dan lembut. Diana juga campurkan dengan sengenggam kismis dan satu sudu teh serbuk kayu manis. Resipi ini sure menjadi tak akan gagal.
PORTUGUESE SWEET BREAD
==================
Bahan-bahannya
1 cawan susu segar
1 biji telur
2 sudu besar majerin
1/3 cawan gula pasir
3/4 sudu teh garam
3 cawan tepung roti
2 1/2 sudu teh yeast kering aktif
Cara-caranya
1. Masukkan kesemua bahan dan gunakan setting "Sweet Bread" dan mulakan mesin roti.
REVIEW DIANA :
Roti yang simple dan sedap juga lembut. Kena try punya!
WHOLE WHEAT BREAD
===============
Bahan-bahannya
1 1/2 sudu teh yeast kering aktif
3 cawan tepung whole wheat
1 1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar tepung susu
1 1/2 sudu besar majerin
1 1/4 air suam
Cara-caranya
1. Masukkan kesemua bahan-bahan kedalam mesin roti.2. Tekan butang "Whole Wheat" atau " Basic Bread" setting dan mulakan.
HONEY OF AN OATMEAL BREAD
=====================
Bahan-bahannya
1 cawan air
1 sudu besar minyak
1/4 cawan madu
1 sudu teh garam
1/2 cawan rolled oats
2 1/3 cawan tepung roti
1 sudu teh yeast kering aktif
Cara-caranya
1. Masukkan kesemua bahan dalam mesin roti dan gunakkan setting "Light Crust" atau "Basic".
[UnQuote]
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ASKUM..
ReplyDeleteAMIK RESEPI LEH? SAYA BARU NAK CUBA WAT ROTI.ADA BREAD MACHINE ADIAH KAWIN TAPI TAK TERGUNA SAMPAI SKRG...TQ YEH.